Pedih ulu hati atau reflux merupakan penyakit yang menyebabkan ketidakselesaan atau rasa seperti terbakar di bahagian esofagus. Lazimnya ia dikaitkan dengan asid gastrik (gastrik reflux). Pedih ulu hati biasa dirasai di bahagian dada dan merebak sehingga ke leher atau tekak.
Kesakitan yang dirasai pasti mengundang rasa ketidakselesaan kepada yang mengalaminya. Pemakanan yang sihat melalui pilihan beberapa makanan tertentu mampu mengurangkan masalah pedih ulu hati. Semak makanan yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah ini seterusnya menjalani kehidupan lebih sihat.

Oat
Oat merupakan sarapan terbaik dan boleh diambil sebagai snek pada bila-bila masa sahaja, berdasarkan buku The Reflux Diet ini. Malah hidangan oat dalam bentuk segera juga masih boleh diambil kerana mampu menyerap asid dalam makanan seperti kismis dan sebagainya.

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Pemakanan Sihat
Halia
Halia sangat baik sebagai makanan yang dapat mengawal asid reflux atau pedih ulu hati. Sejarah membuktikan halia bertindak sebagai anti-bengkak dan digunakan dalam rawatan yang berkaitan usus (gastrointestinal). Halia yang sudah dihiris halus boleh dimasukkan dalam masakan atau tambahkan sahaja dalam smoothie anda.

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Pemakanan Sihat

Aloe Vera
Aloe Vera atau lidah buaya sangat terkenal sebagai agen penyembuh alami dan mampu mengubati masalah pedih ulu hati. Lazimnya aloe vera dijual dalam bentuk tumbuhan hidup mahupun dijadikan produk cecair yang diambil dari daunnya. Anda boleh memasukkan aloe vera di dalam resipi sebagai agen pemekat atau pembeku cecair.

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Pemakanan Sihat

Salad
Salad merupakan hidangan utama untuk masalah pedih ulu hati. Bagaimanapun tomato dan bawang harus dielak sebagai salah satu bahan dalam salad. Sos yang mempunyai asid atau lemak boleh dimasukkan di dalam salad, namun dengan hanya satu sudu atau kurang sahaja.

IKLAN

Pisang
Pisang boleh menjadi satu snek yang sihat. Dengan tahap pH 5.6, pisang dilihat amat baik untuk individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati. Bagaimanapun, terdapat lebih kurang satu peratus pesakit yang mendakwa keadaan pedih ulu hati mereka bertambah teruk dengan memakan pisang. Oleh itu, pastikan pisang sesuai untuk anda kerana kesan untuk setiap orang berbeza-beza.

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Pemakanan Sihat

Tembikai
Buah tembikai (ph 6.1) bagus untuk masalah pedih ulu hati. Ini termasuklah tembikai susu. Bagaimanapun, seperti buah pisang, terdapat peratusan kecil (satu peratus hingga dua peratus) yang mengalami masalah pedih ulu hati harus mengelakkan buah ini.

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan Pemakanan Sihat

IKLAN

Daging ayam
Daging ayam turut disyorkan dalam buku The Reflux Diet untuk individu yang mengalami masalah pedih ulu hati. Daging ayam boleh dimasak dengan cara merebus, bakar atau panggang dan tidak sesekali digoreng. Anda juga diingatkan supaya mengasingkan bahagian kulit kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.

Ikan dan makanan laut
Seperti mana daging ayam, ikan juga amat digalakkan pengambilannya dalam diet ini. Ia harus dibakar, dipanggang mahupun stim. Elakkan cara menggoreng. Udang, lobster dan makanan laut lain juga sesuai untuk diet mengurangkan pedih ulu hati ini.

Seleri
Tahukah anda seleri mempunyai hampir tiada kalori. Ini kerana ia mengandungi air yang tinggi. Seleri menjadi pilihan yang baik sekiranya anda mempunyai masalah pedih ulu hati. Seleri juga berfungsi mengawal selera makan dan melancarkan sistem pencernaan.

Parsli
Parsli telah digunakan sejak beribu tahun sebagai herba yang mampu merawat penyakit berkaitan usus dan sistem penghadaman. Anda boleh menggunakan daun parsli yang segar dalam resipi atau memilih ia sebagai perasa dan hiasan.

IKLAN

Sumber gambar: 123 royalty free

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

Jom Cuba Buat Hungarian Fried Bread, Puas Hati Makan Sedap Macam Ni

Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.

Beras Basmathi Pilihan Lebih Sihat. Banyak Manfaat Kesihatannya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI