Masalah singki tersumbat boleh buat spoil mood memasak kaum wanita. Kena selesaikan segera supaya pinggan mangkuk tak bertimbun sampai sakit mata.
Tapi sebelum panggil plumber kita sebenarnya boleh DIY untuk atasi masalah ini. Caranya hanya dengan menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas. Bukan saja singki, saluran bilik air atau longkang tersumbat pun boleh setel dengan kaedah ini.
Cara-cara
1) Sediakan baking soda, cuka dan air panas. Biarkan air dalam singki kering, atau keluarkan air di dalamnya.
Ads
2) Kemudian tuang baking soda dalam lubang singki diikuti dengan cuka. Ketika ini akan nampak berlaku kemeluapannya. Tunggu sekitar 5 minit.
3) Kemudian tuang air panas menggelegak di dalam lubang singki. Biarkan lebih kurang setengah jam. Waktu ini akan dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Ads
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Pelbagai makanan dan minuman yang tersimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk berbau. Anda boleh saja menghilangkan bau yang kurang menyenangkan ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Mudah dan jimat! Anda boleh cuba nanti.
Baking Soda
Baking soda boleh menyerap bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Mudah saja caranya. Anda hanya perlu tuangkan baking soda ke dalam mangkuk kecil dan letakkan di bahagian belakang peti sejuk. Jangan lupa tukarkannya setiap tiga bulan sekali.
Cuka
Rasa masam cuka mampu menuetralkan bau busuk peti sejuk. Caranya, anda hanya perlu masukkan 3 sudu makan cuka dan 3 sudu makan air suam ke dalam botol semburan. Setelah sebati, semburkan cairan tersebut di dalam peti sejuk yang telah dikosongkan terlebih dahulu. Setelah bau hilang, bersihkan peti sejuk.
Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah agen penyerap bau yang berkesan. Semangkuk kecil serbuk kopi yang diletakkan di bahagian paling dalam peti sejuk mampu menghilangkan bau degil peti sejuk. Biarkan selama 24 jam dalam peti sejuk, insyaAllah bau kurang menyenangkan akan hilang dalam beberapa hari.
Ekstrak Vanilla
Selain sebagai bahan tambahan untuk membuat kuih, ekstrak vanilla juga boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya, anda hanya perlu campurkan vanilla cair atau serbuk dengan air. Kemudian, celupkan bebola kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkannya di dalam peti sejuk. Bau semerbak dari vanilla akan lebih kuat dari bau busuk peti sejuk.
Lemon
Buah ini juga boleh digunakan sebagai penghilang bau degil dalam peti sejuk. Cukup sekadar meletakkan beberapa hirisan lemon dalam peti sejuk dan biarkan beberapa hari. Pastikan lemon ditukar sebelum ia kering. Bau busuk dalam peti sejuk bertukar dengan aroma lemon yang lebih segar.
Cengkih
Rempah ini ada dalam kebanyakan dapur anda. Selain digunakan sebagai pembangkit aroma masakan, bunga cengkih yang halus ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau peti sejuk. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan dalam peti sejuk. Pasti peti sejuk anda akan bebas dari sebarang bau kurang menyenangkan.
Arang
Kalau anda ada arang, boleh gunakannya untuk menyah bau kurang menyenangkan. Masukkan beberapa ketul kecil arang dalam peti sejuk. Biarkan selama 5-7 hari, bau tersebut akan hilang.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Baki santan kotak biasanya kita simpan dalam freezer atau chiller. Tapi selalu berlaku bila simpan dan nak guna semula selepas beberapa hari, santan jadi berketul-ketul setelah dinyahbekukan. Bila dah masak gulai pun jadi tak cantik.
Untuk elak santan kotak jadi berketul begini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh Wan Norhasni Wan Han.
Berkongsi tip dalam akaun TikTok miliknya kata beliau cara untuk pastikan santan berketul ini elok semula mudah saja. Caranya;
Ambil santan yang sudah cair dan berketul itu lalu masukkan dalam blender.
2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.
3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi. Mudah kan!
Daging lembu mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan tepung gandum.
Caranya mudah sahaja.
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang anda gemari.
2. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gandum. Jumlah tepung bergantung kepada kuantiti daging yang anda hendak masak. Biarkan seketika.
3. Kemudian berishkan daging dan toskan airnya. Boleh dimasak mengikut kesukaan anda.
4. Hasilnya daging tadi tidak berbau hamis dan lebih bersih.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!