Asam Rebus Batang Keladi Paling Sedap, Makan Pun Tak Gatal Tekak

Share

Masak Asam Rebus Batang Keladi memang sangat-sangat mudah. Tidak menggunakan banyak bahan malah rencahnya juga simple. Namun jika tidak berhati-hati, boleh gatal jari dibuatnya. Tidak kisahlah kan? Janji sedap dimakan. Jom masak resipi perkongsian saudari Nazuhaina Azu ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!

 

RESIPI ASAM REBUS BATANG KELADI SEDAP & TAK GATAL

BAHAN-BAHAN:
Batang Keladi – kulitnya disiat dan dipotong. Kalau ada ubinya, ambil sekali
4 keping asam gelugor

2 batang serai – dititik
4 tangkai daun kesum
Garam
Gula
Air secukupnya

BAHAN KISAR:
4 tangkai cili merah
8 tangkai cili api
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis beli online disini
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan bakar beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Rebus batang keladi dan ubinya sehingga empuk.


2. Toskan.


3. Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk dikisar.


4. Bahan-bahan yang siap dikisar.


5. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk.

Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.


6. Masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi dan perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa. Biarkan mereneh seketika. Tutup api.


7. Asam Rebus Batang Keladi sedia untuk dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Nazuhaina Azu

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN