Sesiapa yang suka Asam Pedas ini resipi Asam Pedas versi berempah campur sawi jeruk. Rasannya memang wau…kena dengan nasi panas, ada ulam dan sambal belacan. Terus kecur air liur dibuatnya. Sesiapa yang nak buat, ini resipinya:-
ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
Daun kesum secukupnya
1/2 cawan air asam Jawa
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kerisik
2cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
Ads
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Min cukup suka dengan talam sagu. Ni manisan paling best sebagai pencuci mulut. Dah makan makanan pedas dan berempah, dapat talam sagu dingin dari peti sejuk memang terangkatlah.
Ni resipi mudah untuk mereka yang gemarkan talam sagu ni. Pewarna tu ikut suka hati nak warna apa, tapi merah tu nampak menarik sangat kan.
TALAM SAGU
BAHAN-BAHAN :
Lapisan bawah:
3/4 cawan sagu (rendam sekejap bagi kembang)
1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
Air | sama paras sagu
Pewarna merah secukupnya
Lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK ::
1. Sapu sedikit minyak dlm loyang
2. Masukkan sagu & gula dlm loyang..tambah air cuma sama paras sagu saja. Letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu.
3. Panaskan periuk kukus
4. Kukus selama 10 minit
5. Masukkan semua bahan utk lapisan atas ke dlm periuk,kacau sekejap atas api bg sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu,lorekkan dgn garfu kemudian tuang adunan lapisan atas
6. Kukus 20 -25 minit
Kredit Resepi : puan hajar
FB : Resipi dari mulut ke hati
Resipi tradisional Nasi Kapit Sambal Kelapa asli dari Terengganu ni telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook memang lain dari yang lain. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Boleh cuba sendiri di rumah resipi lengkap yang akan saya kongsikan di bawah.
NASI KAPIT SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
4 ekor ikan selayang
Asam keping
Garam
Gula
Gula melaka atau nisan
Bahan B
1 biji kelapa parut
Bahan C
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
Bahan D
Nasi himpit
Cara-caranya
Bersihkan ikan selayang dan rebus dengan asam keping dengan sedikit garam.
Ambil isinya dan ditumbuk dengan gula melaka atau nisang, garam dan gula.
Kemudian, sangai kelapa parut hingga agak garing dan sedikit perang.
Masukkan bahan C (kisar dulu sehingga halus), masak sehingga hampir kering.
Tambah bahan A tadi, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering.
Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tadi payah masak sampai kering.
Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit yang telah dimasak mengikut arahan pada paket.
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.