Apam Susu Jagung Makan Tanpa Kelapa Pun Sedap

Share

Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.

Apam susu jagung

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir

Cara memasak:
1.Campur semua bahan.

2.Pukul sebati.

3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.

Kredit:Badariah Abdrahman

# BIKMM

ADA YANG NAK MEMBELI PENGUKUS? BOLEH BELI DI SINI

 

IKLAN