Apam Sua Dengan Inti Kelapa Manis & Kacang Tanah, Lemak Manis Tak Cukup Satu

Share

Biasanya petang hari kita inginkan kudapan yang sedap. Selain pisang goreng boleh juga cuba kuih yang jarang dimasak ini iaitu Apam Sua. Kuih ni jarang juga dilihat orang menjualnya. Kalau rindu nak merasanya, boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Menurut Ismi Azwin, kuih ni dimakannya dari zaman kecil dahulu. Bondanya buat niaga kuih ni yang diletakkan inti kelapa manis +kacang tanah.


APAM SUA
Bahan A:
Inti kelapa manis:
1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
1 cawan gula merah ATAU 1 ketul besar gula melaka-BELI ONLINE DI SINI

2 sudu besar gula pasir
suku cawan air
daun pandan

TONTON GERENTI JADI: Resipi 3 Bubur Sedap

Cara memasak:
1.Masak bahan-bahan di atas.
2.Agak-agak inti kelapa dah kering,masukkan 2 sudu makan tepung gandum.
3.Kacau hingga berkilat dan jangan kering sangat. Siap,ketepikan.


Bahan B:
3 sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu besar gula pasir
suku cawan air suam

Cara buat:
1.Aduk bahan-bahan ini dan ketepikan.
2.Biar yis kembang

Bahan C:
3 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI


sedikit garam

Cara membuat:
1.Aduk bahan-bahan C sekata.
2.Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan C. Bancuh adunan dengan masukkan air suam sehingga tidak berketul dan adunan sebati. Perap dalam 2 jam ke atas.
3.Akhir sekali,masukkan pewarna hijau dan sepeket eno biru.


4.Panaskan kuali non stick, tuangkan adunan bulat-bulat kecil. Letak atas pinggan dan isi inti +kacang tanah + picit (klip) hujung kuih dengan jari.

 

5.Siap untuk dihidang.
Kredit: Ismi Azwin

IKLAN