Apam Milo Guna 4 Bahan Paling Senang Buat

Share

Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang ya mat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedap. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi

APAM MILO 4 BAHAN

Bahan-bahan :

6 biji telur
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan gula pasir (kurangkan kalau x suka manis)
Milo setengah cawan

Cara memasak:

1.Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang ( tiha guna blander jer)

2.Masuk tepung gandum,blander lagi sampai sebati ( rasa blender dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

3.Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain, dan 1 bekas lagi letak milo dan kacau sampai sebati

4.Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi atau garfu untuk nampak berbunga-bunga.

5.Kukus 20minit ke 30minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)

Kredit: fb fatihahatul hakimah

Ada yang nak menukar OVEN baru? Banyak pilihan DISINI

IKLAN