Apam Cheese Comel & Gebu, Memang Buat Tak Henti Nak Makan

Share

Gebu sangat sampai tak sedar sekali hadap 4 biji hilang dari radar .Meh buat apam comel yang mudah ni

APAM CHEESE
Bahan-bahan:
1 cawan susu cair/susu segar(sya campur)
3 keping cheddar cheese (1/4 blok)
2 cawan tepung naik sendiri


2 biji telur gred A atau B
1 cawan gula kastor (saya kurangkan)
1sudu kecil ovaltte
½ sudu kecil esen vanilla

Cara memasak:
1.Masak susu dan cheese dengan api sederhana sehingga cheese larut.

2.Ketepikan dan biarkan sejuk.
3.Ayak tepung naik sendiri. Ketepikan.
4.Putar telur, gula, ovaltte dan esen vanilla sehingga putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan sebelum menambah kelajuan hingga maksimum.

5.Masukkann cheese yang telah sejuk tadi. Putar sebentar. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.


6.Panaskan pengukus. Susun papercup di dalam acuan lompang/muffin.

7.Sudukan adunan sehingga hampir penuh papercup.
8.Kukus selama 8-9 minit dengan api sederhana.

Siap untuk dihidang.

Kredit :#norfazidagda

IKLAN