Selalunya apabila tiba hari jadi, kita sambut dengan kek. Bermacam-macam kek ada. Kek keju, kek span begitu jugalah dengan kek mentega. Apa kita kita cuba pula swiss roll? Swiss roll pun boleh dipelbagaikan dengan hiasan yang dilukis secara manual.
RASA dapatkan sedikit informasi mengenai swiss roll daripada wanita yang selesa dipanggil Mek yang mengusahakan, Mek and Bake.
NAMPAK MACAM TUALA DALAM KOTAK
Menurut Mek, dia telah dua tahun aktif berniaga swiss roll yang dilukis secara free hand.
“Saya suka dengan swiss roll sebab cantik gebu dan tak nampak macam kek. Sekali pandang, macam tuala dalam kotak. Apabila saya survey market yang menjual, saya perhatikan tak ramai yang buat dessert swiss roll ni. Selalunya kalau pergi kedai swiss roll yang ready made memang jenis seketul dah siap dan plain. Keunikan swiss roll saya ni adalah pada bentuk dia iaitu saiz dan portion yang saya dah siapkan. Lagi satu keunikan ada pada design yang saya boleh lukis ikut kepada permintaan pelanggan. Saya lukis secara manual tapi saya jual dengan harga yang murah iaitu RM50 saja,” katanya.
Tidak mengehadkan pelanggan kepada kanak-kanak sahaja, tetapi Mek akui memang banyak tempahan daripada ibu bapa yang ingin menyambut hari jadi anak mereka.
“Dalam satu kotak, saya boleh lukis dua atau tiga tema bergambar. Gambar itu saya warnakan dengan meriah, jadi sebab itulah saya rasa secara tak langsung golongan ibu-ibu berkenan nak jadikan hadiah untuk kanak-kanak. Selain tu, saya juga ada pelanggan korporat yang akan minta design ikut kepada tema logo syarikat. Jadi pelanggan kami tak terhad kepada kanak kanak sahaja,” katanya lagi.
SERONOK APABILA PELANGGAN KATA CANTIK
Sebagai peniaga, kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Apabila pelanggan kata cantik dan puas hati, sudah pasti kita akan tersenyum lebar.
Ads
“Memang ketika mula mula saya belajar lukis, susah betul. Jenuh rasanya sebab tangan bergegar apabila nak free hand drawing. Saya ada masuk kelas secara bersemuka dan belajar melukis untuk tambah skill serta cara guna berus lukisan untuk kek. Alhamdulillah sekarang dah tak susah lagi nak melukis. Saya seronok melukis atas swiss roll. Apabila siap, pelanggan kata puas hati dengan produk saya, perasaan penat itu hilang terus. Saya boleh siapkan lukisan kurang dari 30 minit. Dari segi masa, semua bergantung kepada jenis design. Kalau lagi complicated lagi lama pernah saya duduk melukis antara empat hingga lima jam tak bergerak gerak sampai siap,” cerita Mek lagi.
ANGGARAN 500 HINGGA 700 SWISS ROLL SEBULAN
Siapa sangka, bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hingga kini perniagaan swiss roll Mek telah semakin maju. Dia bergabung dengan sebuah majlis korporat untuk festival kuih bulan. Untuk tujuan ini, dia perlu hasilkan antara 500 hingga 700 kotak swiss roll.
“Pada masa akan datang, saya berminat untuk menambah beberapa menu lagi and asah skill sampai boleh buat human potrait drawing atas swiss roll atau kek. Saya ingin Mek anda Bake terus berkembang dan terus jaga kualiti produk jualan,” katanya menutup bicara.
JOM TENGOK 10 DESIGN LUKISAN SWISS ROLL MEK AND BAKE
Ads
Ads
Amacam? Cantik-cantik kan? Jadi, selepas ini, bolehlah raikan hari jadi anak dengan swiss roll pula. Tidaklah asyik raikan dengan kek saja setiap tahun. Kan?
Melalui facebook, seorang wanita menggunakan Nama Mia Mie telah berkongsi resipi membuat kek Milo kukus yang sedang viral sekarang ni. Nampak senang sungguh. Cuma guna empat bahan, kukus dah siap. Jom cuba.
Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.
Oven rosak, tak ada oven no hal. Kukus aje kek tu lagi lembab dan padat. Ni min tambahkan lagi lima lagi resipi dari penulis buku resipi kek Norbaini Rahwi. Tengok dari ramuan yang digunakan pun dah terbayang kesedapan dan enak aje bila digigit.
Bagi pelajar kelas masakan Norbaini mesti teruja dengan resipi yang dikongsikannya istimewa untuk RASA. Ingat tau jaga kebersihan ramuan dan masak dalam suasana dapur yang bersih tu penting. Produk homemade kenalah segar dan selamat.
1. KEK KUKUS LAPIS BLUEBERI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
10 biji telur gred A
150gm gula kastor
1 sudu makan ovalete
Bahan B :
500gm mentega
250gm susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan C (diayak) :
50gm horlick
270gm tepung gandum
Bahan D:
2 sudu teh blueberi emulco
Sedikit pewarna ungu
Bahan E :
Blueberry filling secukupnya
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang. 3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan. 4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata. 5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan 6. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di warnakan dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D. 7. Masukkan blueberri filling ke dalam bag piping. 8. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ambil ¾ cawan bahagian yang berwarna ungu dan ratakan di dalam loyang dan ‘drizzle’ kan dengan blueberi filling , ulang langkah sehingga habis. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 25 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Aroma yang sungguh menyelerakan dan rasa yang unik sedapnya Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Lebih baik ukuran loyang lebih kecil dari periuk kukusan. Loyang yang muat-muat kukusan akan menutup semua lubang sehingga tiada ruang untuk wap naik ke atas dan akan merencatkan proses mengukus.
2. KEK KUKUS ROLL MARBLE
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
2 biji telur gred A
4 biji kuning telur
100gm gula kastor
Bahan B :
100gm tepung gandum
30gm susu tepung
¼ sudu teh serbuk penaik baking powder
Bahan C :
65gm minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanila
Bahan D : 1 ½ sudu teh coklat emulco/serbuk koko
Bahan sapuan dalam kek :
Jam strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Ambil 3 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata. 5. Di dalam loyang tuangkan adunan yang berwarna asal, kemudian masukkan adunan yang dicampur dengan bahan D. Lorekkan di atas permukaan adunan dengan lidi. 6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. 8. Bila sudah sejuk sapukan jam strawberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Saiz hidangan : 8 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kek kukus lebih mudah digulung berbanding dengan yang dibakar Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kek yang telah disejukkan dan digulungkan hendaklah segera dibalut dengan plastik. Simpan di dalam peti sejuk supaya kek gulung tidak keras dan kering.
3. KEK GULUNG PANDAN KUKUS @ KEK KUKUS ROLL JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
5 biji telur gred A
175gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
100gm tepung gandum
40gm susu tepung
Bahan C :
100gm minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan D :
Sedikit pewarna hijau.
Bahan sapuan:
Jam blueberi secukupnya
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang ukuran 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang. 3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Ambil 1 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata. 5. Ambil adunan yang berwarna hijau dan masukkan ke dalam piping bag. Di atas permukaan loyang yang telah lapik kertas buatkan corak mengikut kreativiti. 6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah corak tidak melekat di jari. Tuangkan adunan asal dan ratakan. 6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak 7. Setelah masak sejukkan kek. 8. Bila sudah sejuk sapukan jam blueberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Saiz hidangan : 8 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Jem bluberi beri keenakan rasa pada kek gulung ini Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 15
Info Chef : Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan di atas redai untuk mengelakkan kek menjadi basah jika dibiarkan sejuk di dalam loyang.
4. KEK KUKUS LADY STRAWBERI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji kuning telur gred A
2 biji putih telur
125gm gula kastor
¼ sudu teh garam
Bahan B :
130gm tepung gandum
35gm susu tepung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
30ml minyak jagung/masak
Bahan D:
½ sudu makan strawberi emulco
Bahan-bahan untuk filling dan topping :
600gm whipping cream/fresh cream
200gm krim keju
Bahan tambahan untuk dekorasi
Strawberi filling
CARA MEMASAK : Cara-Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak. 6. Setelah masak sejukkan kek, setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara-cara pembuatan 1. Pukul cream cheese hingga lembut. Ketepikan. 2. Pukul whipping cream hingga kental. 3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati. 4. Sapukan krim dan strawberi filling di setiap lapisan.
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kombinasi rasa strawberi memberikan rasa segar dan tidak muak Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Gunakan gula kastor atau gula halus agar memudahkan proses pembuatan kek kukus
5. KEK KUKUS COKLAT NUTELLA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
100gm gula kastor
½ sudu teh garam
Bahan B :
100gm tepung gandum
30gm serbuk koko
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
25ml air
50gm Nutella
½ sudu teh coklat emulco
Bahan D :
30ml minyak jagung/masak
Bahan topping/filling :
500gm Whipping cream/fresh cream
50gm Nutella
Bahan tambahan untuk dekorasi
Nutella
CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan bahan D dan digaul rata. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara pembuatan topping : 1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian masukkan Nutella. Kacau rata. 2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga lapisan atas dan mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan nutella melazatkan kek Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Pastikan mangkuk, spatula dan alatan buat kek bersih serta bebas dari lemak dan air sebelum memulakan proses adunan , untuk mengelakkan adunan telur tidak mengembang.
Bagi anda yang nak beli peralatan dapur yang canggih dan berkualiti, boleh membeli secara online melalui shoppe kategori home appliance. Harganya berpatutan dan ada tawaran diskaun lagi.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.