Mudah dan murah, inilah yang menyebabkan mi segera digemari ramai orang, sementelah lagi jika ada yang tak suka makan nasi. Di kalangan orang bujang, mi segera adalah menu paling digemari, terutamanya di hujung bulan. Tapi betul ke, sebungkus mi segera lebih rendah kalori berbandung hidangan nasi putih. Betul atau tidak, ini fakta yang boleh menjawab persoalan ini:-
Nasi lebih mengenyangkan berbanding mi segera?
Ramai orang beranggapan mi segera sebagai makanan ringan, kerana ia memberikan rasa kenyang bersifat sementara berbanding nasi. Maka mereka beranggapan kalori nasi lebih tinggi dari mi. Tapi fakta sebenar, satu hidangan mi segera700gm mengandungi370 kalori, Sedangkan, nasi putih dengan berat yang sama hanya mengandungi 91 kalori. Kenyataannya mi segera mempunyai empat kali lebih tinggi dari nasi.
Bagaimana kadar protein dan seratnya?
Ads
Kandungan protein dan serat dalam mi segera juga rendah, sedangkan kedua jenis zat ini sangat penting untuk diet. Dibandingkan dengan karbohidrat dan lemak, protein lebih diperlukan dalam pembentukan darah, kulit, otot dan tulang. Selain itu, protein juga membantu memberikan rasa kenyang sama halnya dengan fungsi serat dan melancarkan proses pencernaan.
Berisiko gangguan metabolisme jika makan secara rutin.
Ads
Agak mengejutkan, satu kajian tahun 2014, menunjukkan risiko wanita yang mengamalkan diet dengan mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan mi segera sebulan, mereka berisiko mengalami peningkatan gangguan metabolism kerana lemak dan simpanan tenaga dalam tubuh tidak terurai dengan betul. Timbunan lemak ini bukan hanya menganggu penurunan berat badan tetapi juga berisiko mendapat gangguan aliran darah, jantung, diabetes dan stroke.
Kandungan sodium yang tinggi boleh sebabkan obesiti.
Secara tidak langsung, kandungan sodium dalam mi segera boleh menyebabkan seseorang mudah ‘gemuk’. Malah, jika diambil terlalu banyak, ia boleh juga sebabkan seseorang itu cepat rasa haus. Oleh itu, minumlah air masak putih ikut keperluan yang disarankan.
Ads
Ketagih ? Ini cara atasinya.
Jika korang termasuk dalam kumpulan penggemar mi segera, cubalah seimbangkan pengambilannya dengan menambah bahan tambahan sebagai pelengkap hidangan, supaya keperluan prortein dan serat diperlukan oleh tubuh mencukupi. Misalnya tambahkan telur, sayuran hijau atau ayam, mahupun daging.
Ingat, jangan makan mi segera lebih dari satu kali seminggu. Salah satu cara mengelakkannya adalah sediakan kudapan sihat seperti oat atau jus buah, ia tetap masih boleh memberikan anda rasa kenyang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernahkah kamu perhatikan beberapa jenis biskut yang mempunyai lubang di atasnya? Tahukah yang lubang tersebut bukan hanya tujuan hiasan sahaja? Jom baca info berguna ni.
Di laman Daily Mail, Mark Greenwell, pengurus besar di Pabrik United Biscuit di Carlislie, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa lubang di biskut memiliki fungsi sebagai saluran udara dan memperkuatkan struktur biskut.
Disaat pembuatan biskut, suhu panas membolehkan aliran jalan keluar udara dari setiap lapisan biskut. Lubang tersebut adalah salah satunya. Jika lubang tidak ada, maka lapisan biskut renyah yang berada di antara krim akan menjadi retak, hancur dan lembik.
“Jika tidak ada lubang, suhu panas kan berkumpul di dalam biskut. Biskut tersebut akan hancur dan menjejaskan kualitinya,” kata Greenwell.
Suhu tersebut perlu disalurkan dengan baik untuk mendapatkan tekstur yang bagus dan merata. Namun, untuk biskut chocco chip dan kacang misalnya, memang sengaja tidak dilubangkan untuk memberi tekstur retak.
Ternyata berguna juga ya lubang-lubang kecil di biskut itu. Ingat hanya sekadar hiasan…
Boleh la lepas ini kamu berkongsi info ini kepada kawan-kawan atau keluarga.
Hampir setiap hari kita akan menggunakan microwave untuk memanaskan makanan dan lauk pauk. Tetapi, bila kali akhir anda mencuci microwave? Sekiranya tidak dicuci, ia akan menjadi tempat berkumpulnya bakteria.
Jika anda mempunyai masa di hujung minggu ini, cucilah microwave anda. Mudah sahaja caranya. Cuma guna hirisan lemon. Bukan sahaja bersih, microwave anda pun akan berbau harum. Jom kita cuba tip yang dikongsi oleh Nawal Hudaa menerusi akaun Twitter miliknya.
TIP CEPAT MENCUCI MICROWAVE
Ambil mangkuk isi air separuh.
Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon.
Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit.
Tunggu 2 minit sebelum buka sebab tak nak bagi wap air dia keluar.
Lap microwave dengan kain bersih.
Bau pun harum semerbak lemon gitu.
Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
Betullah kata ungkapan Inggeris “An apple a day, keeps Doctor Away”. Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Tapi eloknya makanlah bersama kulitnya kerana terdapat sebahagian dari kandungan Vitamin C di bawah kulitnya.
Tapi eloknya dikikis dulu ‘wax’ atau lilin yang biasa menyaluti epal.
Di antara khasiat kesihatan epal hijau adalah ia membantu mencegah: 1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. 2. Mengurangkan risiko penyakit jantung. 3. Membantu kesihatan membran paru-paru. 4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Kredit foto :sicoly.com
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. 6. Membantu mengekalkan berat badan. 7. Mengurangkan tekanan penyakit asma. 8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,anda boleh kisarkan epal hijau dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Tapi yang lebih mengujakan lagi, ia boleh mengyegarkan kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!