Bila penat dan cuaca panas, aneka minuman yang menyegarkan ini memang sangat laris. Bagi anda yang baru balik mengundi, boleh cuba buat minuman-minuman ni. Sejuk dan memang sedap!
1. JUS LIMAU ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar gula
3 biji asam boi
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Buat air gula dalam periuk kecil. Ketepikan.
Rebus asam boi dalam sedikit air. Ketepikan.
Belah dua limau kasturi. Kisar bersama secawan air dengan kulitnya. Tapis.
Masukkan air yang telah ditapis dalam cawan.
Masukkan air gula, asam boi dan ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Jangan guna air rebusan asam boi dalam minum. Bimbang jika terlalu masam.
2. JUS MANGGA PUDINA
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga
2 sudu besar yogurt
2 gelas air
1 biji limau kasturi
Sedikit daun pudina
CARA MEMBUAT:
Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
Tambah air gula jika suka.
Masukkan ais dan letakkan daun pudina.
INFO CHEF: Mangga harumanis lebih sedap digunakan kerana rasanya yang sedap dan baunya pula harum.
3. SIRAP LONGAN MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Larutkan gula di dalam air.
Masukkan sirap. Kacau sebati.
Masukkan longan.
Belah 2 lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
Tambah ais. Sedia diminum.
INFO CHEF: Buat sendiri sirap menggunakan gula, pewarna merah dan daun pandan lebih menyedapkan minuman anda.
4. PEPPERMINT LEMONADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan gula
Secubit garam
3 batang pudina
500 ml air
2 biji lemon (perah jus dan tapis)
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Ads
Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
Masukkan jus lemon.
Tambahkan ais. Siap untuk diminum.
INFO CHEF: Renyuk-renyukkan daun pudina untuk lebih membangkitkan aroma mint dalam minuman.
5. SODA SERAI BERMADU
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan madu
1 cawan soda
1 batang serai (diketuk)
CARA MEMBUAT:
Letakkan madu di keliling dinding gelas.
Masukkan soda.
Masukkan serai. Biarkan seketika.
Letakkan ais (jika suka). Sedia untuk diminum.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah bilangan serai dalam minuman untuk lebih membangkitkan rasa serai.
Ads
6. JUS STRAWBERI LAICI
BAHAN-BAHAN:
5 biji strawberi
1 cawan air
4 sudu makan gula
5 biji laici
Air secukupnya
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
Masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
Tambah air jika perlu.
Masukkan laici dan ais. Kacau sekejap. Sedia diminum.
INFO CHEF: Selain laici, boleh gunakan buah manis lain seperti ceri, mangga atau rambutan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buah delima memang sangat banyak khasiat sehingga diangkat sebagai antara makanan sunah di muka bumi ini. Disebabkan khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan, maka tidak hairanlah apabila Rasulullah turut menggemari buah ini.
SIRAP DELIMA
BAHAN-BAHAN
180 ml jus delima tanpa gula
200 gram gula pasir
1 liter air soda
50 ml jus limau
1 biji buah delima
Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan jus delima di dalam periuk kecil. Guna api yang sederhana besar.
2. Masak sekitar lima minit. Alihkan dari dapur.
3. Kemudian masukkan gula ke dalam periuk berisi jus tadi dan kacau sehingga gula larut.
4. Biarkan sirap sejuk lebih kurang 30 minit.
5. Masukkan sirap ke dalam peti sejuk selama sejam untuk sejukkan. Tuang sirap sejuk itu ke dalam gelas, masukkan beberapa ketul ais.
6. Tambah air soda dan jus limau. Tambah biji delima ke dalam minuman untuk lebih cantik. Hias dengan daun pudina. Sedia dihidangkan.
Selepas menikmati juadah tengah hari, apa menu pemanis mulut yang ingin sekali dirasai. Dah bosan dengan kuih muih, boleh cuba buat boba kampung ni,pemanis mulut dari negara Thai. Siap sedia dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais pun sedap. Nikmatnya, jomlah cuba
‘BOBA KAMPUNG’ RESIPI THAI DESSERT
Bahan untuk boba:
1 cawan tepung ubi kayu
Air panas mendidih
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Pewarna
Bahan-bahan kuah:
Santan
Gula
Garam
Daun pandan
Sagu
Jagung
Cara membuat:
Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.
**Tip:masukkan air panas sikit lepas tu uli, kemudian masukkan lagi sikit-sikit selang seli begitu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam tu. Adunan tak jadi nanti.
Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. ketepikan
Dalam periuk masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu dan jagung.
Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…