Seperti juga hidangan kaum lain, keturunan Baba Nyonya dan Peranakan juga mempunyai hidangan pembuka selera yang tersendiri. Penuh aroma dan perisa. Walau pun ada persamaan dengan masakan kaum lain, namun hidangan mereka ada kelainan tersendiri. Sila cuba ya!
1. FRESH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN
1 biji sengkuang | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
4 biji bawang merah | tumbuk halus
3 ulas bawang putih | tumbuk halus
Sedikit udang kering | tumbuk halus
2 biji telur
Kulit popia secukupnya
Sedikit bijan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Gorengkan bahan-bahan tumis ini sehingga naik bau. Kemudian pecahkan telur ke dalam tumisan tadi dan kacau.
Setelah itu, masukkan bahan sayur seperti sengkuang dan lobak merah dan goreng sehingga layu. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika
Kemudian masukkan inti sayur tadi ke dalam kulit popia dan taburkan sedikit bijan ke dalam inti tadi.
Lipat dan gulung sehingga ketat dan lenserkan dengan telur untuk melekatkan kulit popia tadi.
Kemudian, gorengkan popia dengan api yang perlahan dan menggunakan minyak yang banyak.
Setelah kuning dan garing, angkat dan toskan. Sedia dimakan bersama sos cili.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah ada udang kering yang masin. Namun terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2. PIE TIE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN KULIT PIE TIE:
50ml tepung jagung
50ml tepung gandum
100ml tepung beras
500ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN INTI:
Ads
5 biji bawang merah | tumbuk halus
3 ulas bawang putih | tumbuk halus
Lobak merah secukupnya | parut halus
Sengkuang secukupnya | parut halus
Sedikit udang kering | tumbuk halus
Daun ketumbar secukupnya
Kacang tumbuk secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh bahan-bahan untuk membuat kulit pie tie ke dalam satu mangkuk, untuk membentuk adunan. Kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
Kacau sehingga sebati dan adunan itu hendaklah nipis dan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat masukkan lagi air.
Kemudian panaskan minyak yang banyak. Celup acuan pie tee ke dalam minyak panas sebelum mencelupkan ia ke dalam adunan tepung tadi.
Celup acuan ke dalam tepung dan goreng sehingga adunan pie tie tertanggal daripada acuan dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan.
Kemudian angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Untuk inti, tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian masukkan sayur seperti sengkuang dan lobak merah. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Sejukkannya.
Kemudian setelah inti sejuk, masukkan inti ke dalam kulit pie tie yang telah digoreng tadi. Masukkan daun ketumbar dan taburkan sedikit kacang tumbuk.
Boleh dimakan bersama sos cili.
Info chef: Pastikan minyak betul-betul panas ketika acuan dicelup.
3. LOH BAK SAYUR
BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:
1 biji sengkuang | potong Julliene
1 biji beet root | potong julliene
1 biji lobak merah | potong julliene
1 paket tauhu telur
1 paket tauhu lembut
1 sudu makan serbuk 5 rempah
2 sudu makan tepung jagung
Garam secukupnya
1 biji telur | untuk lekatkan kulit
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:
Kulit tauhu kering secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia.
Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan.
Info chef: Boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.
4. LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN- BAHAN KUAH LAKSA LEMAK:
1500ml air rebusan kulit udang
250ml pati santan
10 keping kek ikan
½ kilo udang saiz XL | bersihkan
1 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan | belah 2
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan serbuk kari ikan
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
4 biji buah keras
50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan | bakar
3 biji cili merah
BAHAN SAMBAL BELACAN:
1 cawan cili kisar
1 inci belacan | bakar
Garam dan gula secukupnya
ULAM:
Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus
Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan
Sedikit tauge | cuci dan toskan
Sedikit kek ikan yang telah digoreng
Bunga kantan | hiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Limau kasturi secukupnya | belah 2
Sambal belacan tumis secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api.
Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.
5. SAMBAL IKAN BILIS NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
300gm ikan bilis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kisar
1/2 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
Info chef: Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.
Ads
6. OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tenggiri atau ikan merah | cincang halus
3 batang cili merah | dibuang biji dan dikisar halus
5 tangkai cili kering | rebus hingga lembut dan kisar halus
4 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji buah keras | kisar
1 cm halia | kisar
1 batang serai | kisar
1 cm kunyit hidup | kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
175ml pati santan
Garam secukup rasa
20 helai daun kelapa
Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi di dalam periuk. Gaul sekata.
Panaskan di atas dapur sekejap hingga mendidih dan pekat kuahnya
Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila sudah sejuk, gaulkan dengan isi ikan tadi. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.
Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan setelah siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.
Angkat dan enak dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh juga digantikan daun kelapa dengan daun pisang.
7. DUMPLING AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah | cincang halus
450gm ayam cincang
1 sudu makan minyak bijan
1/2 biji Benggala hijau | cincang halus
1 sudu teh rempah 5 rasa
Sedikit daun bawang
Kulit wantan secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan seperti ayam cincang, bawang merah, cili Benggala, daun bawang, minyak bijan dan garam, gaul sehingga rata.
Masukkan rempah 5 rasa ke dalam adunan tadi. Kemudian masukkan lebih kurang 1 sudu teh adunan tadi ke dalam kulit wantan.
Basahkan tepi kulit wantan dengan air dan kelim tepi kulit wantan dengan kemas. Ulangi langkah hingga selesai.
Kemudian kukus wantan ini selama lebih kurang 20 minit. Apabila masak boleh dihidangkan bersama sos cili.
Info chef: Jika mahu pedas boleh gaulkan bersama cili yang dicincang.
Kredit Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nampak putih kosong saja bihun goreng putih ini tapi bila dah rasa licin sepinggan. Walaupun tak menggunakan cili tapi rasanya lengkap dan sedap. Terasa semua rencangnya. Kalau hidang pada anak-anak pun memang mereka suka.
Bahan-bahan
Bihun
Isi ayam
Bawang putih-diketuk
Pati ayam
Fish ball
Telur
Tomato
Lada putih
Sos tiram
Lobak merah – sagat
Cara membuat
1. Rendam bihun ( jenama Jasmin) dengan air biasa.
2. Rebus isi ada dengan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam. Selepas masak tos dan carikkan isi ayam ( kalau nak cepat boleh tumbuk dengan lesung batu saja). Sup atau air rebusan disimpan.
3. Cara masak, goreng dulu fish ball. Ketepikan dan goreng telur buat scramble. Ketepikan.
4. Minyak yang sama masukkan bawang putih sikit dan kalau ada tomato goreng bersama. Letak tomato lagi sedap.
3. Kemudian masukkan sup dan ayam tadi. Masukkan sos tiram dan juga lada putih, kacau.
5. Perasakan dan masukkan bihun yang telah lembut. Ketika ini guna api sederhana, jangan besar atau kecil sangat. Jangan kerap kacau supaya bihun tak patah.
6. Bila nampak air kering masukkan fishh ball dan lobak merah yang disagat.
7. Kacau rata dan rasa, jika tawar boleh tambah garam.
Hidangan tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Terdapat pelbagai jenis pemanis mulut termasuklah aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. 10 jenis puding yang mungkin boleh anda pertimbangkan sebagai sajian di majlis atau minum petang anda nanti.
1. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan sagu | direndam 1/2 jam
4 cawan air | tambah air bila perlu
2 helai daun pandan
Pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi di bahagikan kepada 2 bekas, tambah pewarna ikut suka dan biarkan sejuk.
KUAH:
2 tin susu cair
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Panaskan susu cair dan daun pandan biarkan sebentar, tutup api
INFO: Atau jika guna santan masukkan sedikit garam dan daun pandan. Panaskan sebentar jika suka.
AIR GULA MELAKA:
1 ketul gula melaka | potong kecil
1/4 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak sampai agak pekat
Campur sagu, air gula melaka, susu cair dan sejukkan sebelum dimakan.
2. AGAR-AGAR SIRAP LAICI
BAHAN-BAHAN:
20gm agar2 tali | cuci dan toskan
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin laici
2 cawan air tin laici | tak cukupboleh tambah air
2-3 sudu besar biji selasih | rendam dahulu dengan air panas
Secubit garam
Sirap ros
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula dan kacau sehingga larut.
Masukkan air laici tadi dalam periuk agar-agar dan kacau serata. Letakkan sedikit garam dan masak hingga mendidih. Tutup api.
Acuan biru, susunkan laici setiap lekuk dalam acuan dan tuang agar-agar hingga paras laici atau lebih. Jika ada ruang bahagian laici yang kosong taburkan sedikit biji selasih dan biarkan sederhana beku.
Lebihan agar-agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi dan kacau rata.
Agak-agak jika sudah sederhana beku agar-agar tadi, boleh tuang perlahan-lahan agar-agar sirap rose kesemuanya dn biarkan beku. Simpan dalam peti sejuk.
Selepas 4-5 jam boleh keluarka. Enak dan sedap di makan sejuk.
3. PUDING KACA
BAHAN A:
20gm agar agar tali | potong 2 dan guna separuh
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata.
Masukkan susu cair, secubit garam dan kacau hingga sebati. Biarkan sebentar Sudah mendidih, tutup api.
Bahagikan 3-4 bekas adunan agar-agar. Warnakan ikut suka dan biarkan beku/keras. Masuk dalam peti sejuk.
BAHAN B:
Separuh agar2 tadi
4 cawan air
1/2 cawan gula
1-2 helai daun pandan | simpulkan
Sedikit gula batu
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan gula batu, kacau hingga sebati.
Masukkan daun pandan dan secubit garam hingga serata dan tutup api.
Agar-agar di dalam peti sejuk tadi dikeluarkan. Potong dadu kecil-kecil dan susun/tabur dalam loyang kesemuanya.
Tuang agar-agar yang dimasak tadi di atasnya perlahan-lahan. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Keluarkan puding itu dari loyang. Boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.
4. PUDING KACANG MERAH
BAHAN A:
Separuh agar-agar tali yang 20gm
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula | nak manis tambah lagi gula
2 sudu besar tepung jagung | bancuh dahulu dengan sedikit air
1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | Jadikan 1 cawan santan
2 helai daun pandan | simpulkan
Secubit garam
1 tin kacang merah | tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip. Tos dan asingkan.
1 cawan kacang merah
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut dan masukkan gula. Kemudian masukkan daun pandan, kacau sekata gula dan perlahankan api.
Lebihan kacang merah di susun rata dalam acuan, tuang sesenduk/lebih agar-agar yang di masak tadi ke atas kacang merah, biarkan sederhana beku.
Besarkan semula api. Lebihan agar-agar di dalam periuk campur dengan santan dan kacau sekata. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, kacau tetapi jangan sampai mendidih, tuang santan atas agar-agar kacang merah tadi dan biarkan sederhana beku.
BAHAN B:
Separuh agar-agar tali tadi
3 cawan air
1/2 cawan gula |nak manis tambah lagi gula.
1 cawan kacang merah
1/2 cawan santan kotak dan 1/2 cawan air | jadikan 1 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan | simpulkan
Secubit garam
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Kisar kacang merah, santan dan tepung jagung/kastard hingga hancur halus.
Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.
Tuang bahan kisar dalam periuk dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau serata. Agak-agak nak mendidih, tutup api.
Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi dan biarkan beku/sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
Boleh keluarkan puding tadi dari acuan dan boleh di hidang. Pastikan puding ini di makan ketika masih sejuk.
5. PUDING SANTAN PELANGI
BAHAN-BAHAN:
20g agar2 tali | rendam 1 jam lebih
1 cawan gula | boleh tambah jika suka manis
1 cawan santan pekat/santan kotak
5 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit gula batu
Sedikit garam
Pewarna kesukaan
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan lima cawan air hingga larut.
Masukkan gula, gula batu dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tutup api.
Bahagi 2 periuk:
Periuk pertama, agar-agar kosong 3 1/2 cawan.
Periuk kedua, agar-agar kosong 2 1/2 dan 1 cawan pekat
Periuk kedua, masak sebentar di atas api. Jangan terlalu lama untuk menggelakkan santan berketul.
Basahkan loyang/acuan.. Ambil dalam dua senduk agar-agar kosong. Warnakan dan tuang ke dalam loyang.
Nampak sudah sedikit keras agar-agar tadi, tuangkan pula dua senduk agar-agar bersantan. Buat berselang-seli hingga habis. Jangan lupa setiap layer agar-agar kosong warnakan dengan pewarna kesukaan.
Boleh sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam keatas, boleh di potong.Sedia untuk dimakan.
INFO: Buat setiap layer nipis dan guna loyang kecil. Jika ingin tebal, tuang lebih atau agar-agar ini boleh di buat 2 adunan. Satu masak untuk agar-agar kosong dan satu lagi agar-agar bersantan. Kena tambah apa yang patut.
6. PUDING ROTI CERIA
BAHAN A:
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukkan gula dan kacau sehingga rata.
BAHAN B:
8 keping roti massimo/gardenia | Gunting kecil2
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter | Cairkan dulu atas api perlahan
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.
Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau sehingga sebati. Sentiasa kacau sehingga mendidih (elak ianya berketul) dan tutup api
Ambil 3 cawan puding tadi dan tuang di dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan seketika.
Asingkan lagi 3 cawan adunan puding ke dalam bekas dan ketepikan.
Lebihan adunan bahagikan pada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.
Tuang adunan berwarna guna sudu satu-satu atas puding tadi sehingga habis (letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli. Bertindan-tindan sehingga habis)
7. PUDING OREO
BAHAN-BAHAN:
Agar-agar serbuk 10gm
1/2 cawan air
1 1/4 cawan susu cair
3 cawan susu segar
3/4 cawan gula
15 biji oreo | 10 biji dikisar kering, 5 biji di patah kasar dan buang intinya
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar serbuk dengan air, susu cair, susu segar, gula dan garam hingga mendidih.
Tuang separuh adunan agar-agar ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar dan kacau hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan/loyang, biarkan beku. Kemudian cakarkan sedikit adunan dengan garfu.
Lapiskan dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu.
Tabur baki oreo yang dipatahkan dan sedia di sejukkan.
8. PUDING SELASIH
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1/2 peket serbuk agar2 | 10g – 11g
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula | boleh tambah gula jika suka manis
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
Masak air dan masukkan serbuk agar-agar dan gula, masak hingga larut gula.
Tuang susu cair dan kemudian masukkan garam secubit. Kacau sebati.
Masak hingga mendidih kemudia tutup api. Tapis dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang di basahkan dengan air.
2 sudu besar pati sirap ros | Nak warna pekat lagi boleh tambah
4 helai daun pandan | Simpulkan
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
Sebelum itu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi ia kembang)
Didihkan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tuang pati sirap ros. Kacau rata dan masukkan daun pandan dan secubit garam.
Biarkan mendidih seketika. Tutup api, tapis adunan dan tuang dalam bekas biji selasih. Kacau sebati
Sebelum tuang, cakar-cakarkan dulu permukaan agar-agar tadi. Baru tuang agar-agar selasih di atasnya.Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 jam lebih.
Sedia di potong dan di hidangkan.
9. PUDING TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar bertali | Cuci dan rendam dalam 1 jam
5 cawan air
1 cawan gula | boleh tambah lagi 1/4 cawan gula jika suka manis
Ambil lagi 1 cawan adunan agar-agar tuang di atas agar-agar hijau tadi. Biarkan adunan beku seketika.
Tembikai yang telah di kisar kemudiannya di tuang ke dalam periuk agar-agar. Warnakan merah dan besarkan api semula. Kacau rata sehingga agar-agar itu mendidih. Tutup api.
Terus tuang perlahan-lahan agar-agar tembikai di atas agar-agar sehingga habis. Biarkan beku/sejuk.
Masukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam barulah dipotong ikut suka. Sedia untuk dimakan.
10. AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar bertali.. | Boleh juga guna serbuk agar-agar 10gm @ 11gm
1 kotak santan kara 200ml dan 1 cawan air | 2 cawan santan
1 biji telur
3 helai daun pandan | Simpulkan
1 sudu kecil pewarna hijau epal
Sedikit esen vanilla | jika suka
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata, kemudian masukkan daun pandan serta pewarna hijau, kacau biar sekata.
Pecahkan telur di dalam santan, kacau sebati (gunakan whisk)
Tuang dalam periuk agar-agar tadi dan kacau. Masukkan sedikit esen vanilla serta sedikit garam, kacau seketika. Biarkan agar-agar ini mendidih dan membuak hingga kepermukaan periuk. Jangan usik dan tutup api. Keluarkan daun pandan.
Tuang terus dalam loyang bulat 10 inci atau ikut acuan masing-masing.
Biarkan sejuk, dengan sendirinya akan adunan akan terbentuk lapisan sama (atau selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan seketika supaya agar-agar akan lebih mudah terbentuk dan lapisan akan sama besar.
Simpan di dalam peti sejuk, potong dan boleh dihidangkan.
Kongsi resipi: Terima kasih WAN ZURA AISHAH @wanzura
Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana.
Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Bahan kisar :
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
#daporchefgarang
Kredit Resepi Dan Video : Aezach Ar
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.