Asyik beli donut kat luar je, jom lah kita buat donut sendiri di rumah. Macam-macam jenis donut boleh kita buat, nak yang biasa ke, berinti coklat, kastard dan sebagainya, semuanya mengikut kreativiti sendiri dan pastinya lagi puas hati! Kali ni jom kita buat donut ala Big Apple yang gebu gebas!
DONAT COKLAT
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung kek
6 kuning telur
3 sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1 cawan air suam
1 cawan susu full cream panas
½ cawan yogurt biasa
½ sudu kecil garam
Minyak masak
Jem pilihan (boleh menggunakan Nutella!)
CARA PENYEDIAAN
Adunan 1 Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sehingga menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
Adunan 2 Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
Adunan 3 Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan Adunan 1, Adunan 2 dan Adunan 3 sekaligus, uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, bermakna sudah boleh diangkat.
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Masukkan yis dan gula ke dalam air suam, kacau sedikit bagi gula larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat lubang ditengahnya, campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan tidak melekat di mangkuk adunan tu.
Tutup atau simpan doh/adunan dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab dan simpan dalam oven yang tertutup rapat (INGAT oven tu jangan on api, cuma nak bagi cepat naik sahaja). Biar sampai naik 2 kali ganda.
Tabur tepung atas papan canai, canai doh tadi setebal 1/2 inci.
Terap menggunakan acuan donat. Susun dalam loyang, jarakkan dan tutup dengan kain lembab, biarkan hingga kembang sekali lagi.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan minyak tu betul- betul panas, jika tak nanti donat jadi tak cantik dan serap banyak minyak.
Angkat dan letakkan di atas kitchen paper supaya serap minyak berlebihan.
Info: Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna keluarkan biar hilang sejuk, kemudian boleh digoreng.
BAHAN GLAZE
1/3 cwn butter
2 cwn powder sugar
1 1/2 sudu kecil vanilla
5 cmb susu segar suam (tambah jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
Cairkan butter dalam microwave, masukkan powder sugar dan esen vanilla.
Kacau sedikit, campur beberapa sudu susu segar suam sampai glaze jadi “nipis” (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair sangat, ikut suka, kalau nak buat glaze berwarna-warni dan berperisa boleh gantikan esen vanila tu dengan pelbagai esen seperti esen lemon+1-2 drops pewarna kuning, strawberry esen+ 1-2 drops pewarna merah, respbery esen+1-2 drops pewarna ungu).
Celupkan 1 permukaan donat-donat tadi semasa masih panas, susun atas cooling rack bagi lebihan gula menitis, boleh juga tabur chocolate rice, kekacang atau lorekkan/paipkan dgn warna yang berlainan supaya nampak belang- belang di atasnya. Bila dah sejuk lebih kurang 5 minit, donat sedia untuk dimakan.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Jika rasa coklat pekat sangat, tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ya).
Celupkan donat yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.
Koleksi Rendang paling popular, bukan sekadar rendang ayam dan daging sahaja. Bahkan makanan laut juga boleh dijadikan aneka rendang yang lazat. Pasti ramai yang menggemari masakan rendang kerana ia penuh perisa dan aroma rempah ratus serta lemak rasanya. Enak dimakan bersama nasi putih, lemang, ketupat atau dimakan bersama roti. Boleh Cuba untuk hidangan raya nanti.
RENDANG NASIB
BAHAN-BAHAN:
1kg campuran daging, limpa hati, paru dan jantung lembu (rebus hingga mendidih, potong kecil dan basuh sekali lagi untuk membuang warna gelap pada bahan tersebut)
10 biji cili kering*
15 biji cili padi*
1 in halia*
2 in lengkuas*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
3 sudu serbuk sup Adabi
2 sudu kerisik
1kg santan pekat
½ cawan minyak
Daun kunyit
Perasa
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda star di blend halus
Tumis bahan yang di blend sehingga wangi
Masukkan bahan dalaman lebu dan juga santan
Masak hingga pekat, masukkan daun kunyit dan gaul seketika.
Siap!
Kongsi resipi: Normah Bahari (MAHN)
RENDANG TOK ASLI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging pejal | dipotong agak besar
500gm bawang besar | dikisar
3-4 senduk cili kisar
1 keping asam gelugur
3 batang serai dititik
5cm halia | dititik
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng daging dan menumis
CARA MEMASAK:
Rebus daging di dalam periuk sampai empuk dan simpan air rebusan daging. Tos dan sejukkan.
Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging yang telah dihiris dan perap daging yang ditumbuk dengan kicap selama 1 jam.
Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyaknya.Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan serai, halia, asam gelugor dan air rebusan daging.
Masukkan daging. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna daging batang pinang untuk mendapatkan daging yang mudah empuk.
RENDANG AYAM PENCEN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dimayang halus
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup
4 batang serai | dihiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum.
Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Masak lama sehingga ayam menjadi empuk.
Tuang santan dan kerisik kelapa. Biar mendidih secara perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa. Pastikan rasa garam dan gula seimbang.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Ayam pencen perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan dan bahan-bahan rencah yang lain.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
600gm udang harimau
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 senduk cili kisar
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa
1keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai | dihiris
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula Melaka. Gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugur. Gaul rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
Cuba dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Masak seketika.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Boleh juga menggunakan udang galah
RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit |sehelai disiat, dua helai dimayang halus
2 sudu makan penuh rempah kari ikan
2 senduk cili kisar
2 sudu makan penuh gula melaka
1 1/2 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang merah
2cm halia
1cm lengkuas
3 biji buah keras | dihiris
3 batang serai | dihiris
10 biji cili padi siam | boleh kurang atau tambah jumlahnya
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Bancuh rempah kari ikan bersama-sama bahan kisar halus. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan isi kerang dan gaul rata. Tambah pati santan dan kerisik. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
Masukkan gula Melaka dan asam gelugur dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Rasa dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Isi kerang perlu dibersihkan dan dittos hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
Suka makan Honey Butter Biscuitsyang dekat Texas Chicken tu? Sedap kan? Garing, manis berlemak diluar, bertekstur lembut didalam. Enak! Rasa tak puas makan. Sesekali rasa teringin, memang puas dapat makan panas-panas. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri untuk minum petang, saudari Nurul Zatul Iffah Zamani ada kongsikan resipinya yang boleh anda cuba. Memang berbaloilah.
CARA MEMASAK: 1.Satukan tepung gandum, gula, baking soda dan mentega.
2. Gaulkan semua bahan sampai jadi seakan serbuk roti @ bread crumbs.
3. Satukan susu segar dan cuka. Sebatikan. 4. Kemudian masukkan campuran susu cuka tadi ke dalam tepung.
5. Uli semua bahan hingga menjadi adunan yang tidak melekat di tangan.
6. Ambil adunan doh menggunakan susu atau scop dan bentukkan ikut kreativiti masing-masing. Susun dalam loyang pembakar.
7. Bakar doh pada suhu 180C selama 15 minit. 8. Selepas masak dan doh masih panas, sapukan mentega dan juga madu di permukaannya.
9. Kemudian bakar sekali lagi pada suhu 190C (sekejap sahaja) anggaran dalam 5 minit menggunakan api atas. 10. Lepas siap dibakar, sapu sekali lagi dengan mentega sahaja untuk menjadikan Honey Butter Biscuits nampak berkilat.
Ikan celup tepung ( ICT) memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!
IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
Serbuk kunyit
Kapur makan
Garam secukup rasa
2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
CARA-CARA:
1.Satukan tepung dan telur. Gaul sebati. 2.Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati. 3.Tambahkan garam dengan secukup rasa. 4.Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5.Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.