Anak Ulang Makan, Resipi Agar-Agar Milo Susu Ni Memang Sangat Sedap

Share

Agar-Agar Milo Susu perkongsian saudari Ina Anizaina nampak ringkas je tapi sangat sedap. Menurut empunya resipi, menu ini adalah kegemaran anak-anaknya. Malah resipinya juga sangat ringkas. Sesuai dijadikan manisan diwaktu senggang. Anak-anak pasti ulang makan. Jom semak resipi dan buat untuk si kecil anda hari ini.

 

RESIPI AGAR AGAR MILO SUSU SEDAP & MUDAH KEGEMARAN ANAK-ANAK

BAHAN-BAHAN:
1 peket agar-agar tali (25gm)beli online disini
4 cawan besar air (rujuk saiz cawan dalam gambar)


1 tin susu pekat manis beli online disini
1 tin susu cair beli online disini
1 cawan Milo beli online disini
1 cawan air panas (untuk larutkan Milo)
Secubit garam halus

 

Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.
3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.
4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.


5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

INFO:

  • Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.
  • Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.
  • Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

 

Kredit resipi & foto: Ina Anizaina

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN