Anak-Anak Pasti Sukakan Mi Kicap Sayur Ala Cina Simple & Delicious.

Share

 

Mi kicap yang paling ringkas dengan bancuhan sos kicap istimewa dan minyak bawang putih untuk rasa yang menyelerakan. Ditambah lagi dengan aroma minyak bijan dan taburan bijan.

MI KICAP SAYUR ALA CINA

BAHAN SOS KICAP: (untuk 1-2 hidangan)

  • Halia
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1-2 sudu besar kicap lemak manis

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masukkan sedikit air dan masak biar sampai pekat sedikit.

 

BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:

  • 6-7 ulas bawang putih – cincang halus
  • Minyak (agak-agak lebih sedikit dari bawang)

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng bawang putih sehingga kekuningan, terus tutup api. Ketepikan.

 

BAHAN MI:

  • Ada yang menggunakan mi kuning, boleh juga menggunakan mi kering seperti yee mi, mee kolo, mi segera. Ikut selera tekak masing-masing.

 

BAHAN LAIN:

  • Sayur sawi
  • Minyak bijan

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan sos yang dibancuh kedalam mangkuk.
  2. Selepas itu letakkan mi dan 2-3 sudu minyak bawang serta sedikit minyak bijan.
  3. Gaul sampai sebati dan bolehlah dihidangkan di dalam mangkuk
  4. Hias dengan bijan dan sayur yang dicelur.
  5. Boleh juga kalau hendak letak isi ayam atau daging.

 

INFO:

  1. Jika hendak rasa pedas boleh hiris cili padi dan letakkan sedikit kicap cair.
  2. Boleh juga tambah sayur kegemaran anda.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wan Muhammad Hafiz Satar

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN