Akok Berlauk Inti Daging, Kuih Tradisional Terengganu Turun-Temurun

Share

Akok Berlauk atau Baulu Berlauk? Di tempat anda, kuih ini dipanggil nama apa?

Walaupun nama yang berbeza mengikut tempat, rasanya sama saja kerana kedua-dua mempunyai adunan yang sama. Menerusi resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, cara membuatnya sangat senang dan cepat dimasak.

 

AKOK BERLAUK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

UNTUK INTI:

200gm daging | direbus & dicincang hingga masak

Tonton  Tilapia Garing Bersos Limau l Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
Tonton  Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah – beli online di sini
2 biji bawang putih – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN TUMIS:

1 biji bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
3 sudu besar rempah kurma – beli online di sini


Garam, gula & perasa

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma, tumis sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air rebusan daging.
3. Masukkan bawang holland, tumis lagi. Masukkan daging. Kacau-kacau. Masukkan garam, gula dan perasa. Ketepikan.

UNTUK KULIT/ TEPUNG:

6 biji telur gred A
120gm tepung gandum – beli online di sini
5 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:

1. Masukkan telur dalam bekas. Pukul telur menggunakan hand mixer elektrik sampai kembang.


2. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla dan garam. Pukul lagi bagi sebati dan kembang. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang. Ketepikan.


3. Panaskan ketuhar. Ambil bekas atau acuan akok. Sapukan minyak. Masukkan dalam ketuhar selama 10 minit bagi panas.
4. Kemudian masukkan tepung separuh acuan. Kemudian, masukkan inti. Tutup semula dengan adunan tepung.


5. Bakar semula dengan suhu 180C selama 20 ke 30 minit dan gunakan api atas dan bawah bergantung kepada ketuhar.
6. Bila masak, keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 10 minit, barulah dikeluarkan. Siap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN