Musim durian dah bermula. Macam-macam menu boleh anda cipta sesuai dengan cita rasa.
Boleh buatlah aiskrim durian sendiri.Letak durian banyak-banyak sikit.Memang asli rasa duriannya. Sedap yaamatt laaahh.Sejuk je lalu dekat tekak.Makan dengan roti pun sedap.Boleh ulang kali makan ni.
Aiskrim Durian Homemade
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( tak suka manis kurangkan)
1 sudu besar ovalett
Durian secukupnya..( anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas
durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya ( uwan tak guna sebab durian yang Uwan guna dah
kuning ..Uwan guna durian Udang merah)
Cara membuat:
1.Blend durian,susu cair,susu pekat dan ovalett.
2.Dah sebati,masukkan pula ke dalam mixer.
3.Mix 20-30 minit atau hingga gebu.
4.Kemudian letak dalam bekas.
5.Simpan dalam frezer.
Ubi keledek merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira Melayu, Cina atau pun India. Kebiasaannya ubi keledek ni kita akan rebus atau goreng. Tak sangka yang ubi keledek juga boleh dijadikan bebola berintikan keju. Ternyata resipi olahan Uncle Joshua Loh ini menjadi dan nampak sungguh menyelerakan.
Paling penting, beliau menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella kerana keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju Perfect Italiano Mozzarella ini juga memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.
Untuk penyediaan doh; potong dan stimkan ubi keledek sehingga lembut.
Masukkan tepung kanji dan air panas. Gaul sehingga menjadi doh.
Di dalam mangkuk, lenyekkan ubi keledek. Tambahkan mentega, serbuk pati ayam, baking soda, gula dan serbuk 5 rempah. Masukkan adunan tepung kanji tadi ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga menjadi doh. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Untuk penyediaan cheese filling; masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam mangkuk.
Masukkan bawang merah, cili merah dan serbuk lada putih. Gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat.
Untuk menyediakan bebola; ambil sedikit doh lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan kiub keju. Bentukkan bulat.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bebola sehingga keperangan dan berbentuk seakan honeycomb. Keju akan mencair di dalam. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA:
Maya Karin memang sentiasa cantik dan menawan. Kalau dah memang cantik, tengah memasak pun kekal jelita. Seronok kan menonton episod ke-19 Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua petang tadi, Datuk Chef Wan masak Laksa Penang dan Sagu Gula Melaka untuk Maya.
Datuk Chef Wan sempat belajar beberapa perkataan Jerman dari Maya Karin iaitu bahasa sebelah ayahnya.
Bila bercerita pasal menu Ramadan, Laksa Penang memang sentiasa menjadi menu istimewa Maya, maklumlah kalau dah orang Penang laksa memang tak dapat dipisahkan. Sagu gula Melaka pula pelengkap menu berbukanya.
Istimewanya bukan sahaja isi ikan digunakan, tetapi tulang dan kepala turut direbus dan dikisar yang mengayakan lagi rasa ikan yang manis dan segar.
Bermacam tip dan cerita yang disembangkan bersama seniwati terkenal ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ini yang begitu ramah dan lemah lembut orangnya.
Jom kita semak resipi Laksa Penang dan Sagu Gula Melaka yang dikongsikan oleh mereka.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN :
Isi ikan (tulang dan kepala juga direbus dan dikisar, tapis airnya)
Laksa (rebus sahaja)
Bawang merah
Cili merah
Bunga kantan
Daun kesum
Timun
Daun pudina
Nenas
Telur
Otak-otak (pes udang)
Asam jawa
Asam keping
Cili padi
Garam
Gula Bahan kisar:
Bawang merah kecil
Bawang putih
Halia
Belacan
Cili kering
Hiasan:
Bunga kantan CARA MEMASAK : 1. Rebus ikan di dalam periuk. Setelah rebus, asingkan antara isi dan tulang ikan. 2. Isi ikan dihancurkan menggunakan sudu manakala tulang ikan dikisar dan ditapis airnya. 3. Air tulang ikan yang ditapiskan dipanaskan di dalam periuk. 4. Masukkan bahan kisar dan bunga kantan yang telah dihiris ke dalam periuk. 5. Kemudian masukkan asam keping dan separuh isi ikan yang telah dihancurkan. Gaul semua sehingga naik bau. 6. Kisarkan separuh lagi isi ikan yang telah hancur bersama sedikit air. 7. Setelah itu masukkan daun kesum bagi mewangikan kuah laksa ini. 8. Masukkan air asam jawa dan isi ikan yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga kuah mendidih. 9. Masukkan sedikit garam dan 3 sudu pes udang. 10.Rebus selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat. 11.Setelah pekat, sedia untuk dihidangkan.
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
250gm biji sagu
4 cawan air
80gm gula melaka
½ cawan air
1 helai daun pandan (simpulkan)
300 ml santan pekat | campur sedikit garam dan kacau rata *boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan CARA MEMASAKNYA : 1. Didihkan air, masukkan sagu biar sampai jernih (putih semua), masukkan pandan. Kacau sagu tersebut. 2. Masukkan gula melaka, pandan, gula pasir, ke dalam kuali lain. Kacau bagi pekat. 3. Manakala santan juga dimasukkan ke dalam kuali lain bersama-sama dengan garam dan pandan. Kacau santan bagi semuanya sebati. 4. Setelah sagu sudah jernih semuanya. Alihkan dan ditoskan sagu ke dalam bekas baru. 5. Bilas sagu menggunakan air. 6. Apabila gula melaka dah pekat di dalam kuali, tambah sedikit air. 7. Setelah santan masak, tutup api dan dibiarkan sejuk. 8. Letak sagu dalam bekas kemudian letakkan dalam peti sejuk (2-3 jam). 9. Setelah sagu telah sejuk, masukkan santan dan gula melaka. 10. Kemudian sagu gula melaka sedia untuk dihidangkan.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA
Teruskan setia menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Tinggal tiga episod lagi dengan siaran akhir istimewa Hari Raya pada 25hb Mei ini. Tiga artis lagi bakal menemui anda nanti dengan resipi lebih menarik.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Resipi ApamNasipaling mudah dan sedap yang harus anda buat sendiri di rumah. Bagi yang tercari-cari menu yang boleh dihasilkan menggunakan lebihan nasi, kuih ini adalah salah satunya.
Sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Malah ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zura Zulni. Cukup ringkas dan tentunya enak. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT APAM NASI GUNA RESIPI SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung beras – beli online disini
1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
3 sudu kecil mauripan – beli online disini
1 – 2 sudu kecil minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi dengan 1 cawan air dulu sebab kalau blender semua air, nasi tak berapa hancur halus. Kemudian tambah 1/2 cawan air. Blender sekali lagi.
2.Tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi tepung, gula dan mauripan. Gaul dan sebatikan. Kalau rasa nak kisar sekali lagi pun boleh.
3. Kemudian perap adunan selama 1/2 jam lebih atau sampai adunan naik.
4. Kacau semula adunan dan warnakan ikut cita rasa masing-masing.
5. Tuang hingga paras 3/4 atau penuh acuan kecil yang disapu sedikit minyak. Boleh guna acuan lompang.
6. Kukus kuih selama 15 – 20 minit.. Kuih Apam siap untuk dinikmati.
7. Kuih boleh dinikmati bersama kelapa parut yang digaul bersama secubit garam dan dikukus seketika.
Nikmati kelembutan ubi keledek dalam santan lemak manis! Resipi pengat ubi keledek paling sedap, mudah dan klasik untuk minum petang atau bila teringin.