Aiskrim Ala Baskin Robbin Hanya Guna 3 Bahan Mudah

Share

Bila sebut ais krim semua menggemarinya. Lepas makan pastinya nak pemanis mulut. Jom buat ais krim yang mudah hanya guna tiga bahan. Boleh cuba buat, sumpah sedap rasanya.

 

Aiskrim Baskin Robbin

Bahan-bahan:

2 kotak whipping cream

4 sudu besar Milo

½ tin susu pekat

Tidak perlu letak air

Cara membuat:

1.Blender semua bahan. Dah blend masuk terus dalam bekas.

2.Masuk dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama 4 jam.

Kredit Ameera

IKLAN