Ais krim Soda Sakura, Masam Masam Manis Rasanya

Share

Comel dan menyelerakan ais krim soda sakura ni.Nampak cantik macam ikan kecil-kecil tetapi rupanya cebisan buah laici yang telah diwarnakan.

Kombinasi air laici dan air aiskrim soda memang terbaik! Rasa macam jeruk laici bila aiskrim sedia dimakan. Masam-masam manis.Jika ada yang nak mencuba boleh cuba resipi yang dikongsi oleh  Cik Fieyza.

AIS KRIM SODA SAKURA

 Bahan-bahan:

1 tin laici dalam tin-beli online di sini

1 botol air aiskrim soda

Air gula – tambah ikut kemanisan tekak sendiri sebab bila air dah beku, rasa manis akan kurang.

1 sudu tepung jagung (larutkan dengan air)-beli online di sini

Plastik aiskrim

Pewarna pilihan-beli online di sini

Cara membuat:

1.Campurkan air laici dan gula serta bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Tambah ke dalam air aiskrim soda, kacau sebati.

2.Carikkan buah laici kemudian bahagi kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. Biar sekejap kemudian bilas dan sejatkan air.

3.Masukkan buah laici pelbagai warna dan air campuran tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan boleh masukkan dalam peti ais sampai keras.

4.Siap untuk dinikmati.

Kredit: Novelis Affieyza Isahak

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN