Kesihatan

Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi, Ini 6 Manfaat Yang Ramai Tak Tahu!

Share

Rupanya ada sebab tertentu kenapa kita kena amalkan minum air lemon suam setiap pagi. Jika sebelum ni, amalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur, apakata tambah dengan beberapa hirisan lemon bagi menambah lagi khasiatnya.

Kandungan nutrisi yang ada pada buah lemon ni sangatlah elok untuk kesihatan mahupun kecantikan. Jadinya, pastikan dalam peti sejuk memang ada stok lemon sentiasa. Jangan lupa masukkan dalam senarai setiap kali beli barang dapur ya.

Berikut merupakan antara kelebihan minum air lemon suam setiap pagi;

1. Menyokong & Meningkatkan Sistem Imunisasi

Lemon kaya dengan antioksidan Vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem pertahanan badan. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema. Amalkan secawan air lemon suam

di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat untuk perlindungan yang lebih baik.

2. Mengimbangkan pH Badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Untuk pengetahuan anda, pH badan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik, dan pengambilan air lemon suam membantu ke arah itu.

3. Mengurangkan Berat Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih berkesan, sekaligus memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar.

Lemon juga mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.

4. Kulit Sihat & Cantik

Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon menangani kerosakan dari radikal bebas seperti kedutan, jeragat, dan tanda penuaan terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin dalam persekitaran.

Selain itu, oleh sebab lemon merangsang fungsi hati, ia membantu membersihkan toksin dari darah justeru secara langsung menyebabkan kulit menjadi bersih dan bebas jeragat. Bahkan, Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

5. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Minum air lemon suam pada waktu pagi juga akan membantu anda kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon membantu merangsang sistem badan untuk mengekalkan keseimbangan cecair dengan lebih baik.

6. Membantu Pencernaan & Menyingkirkan Toksin

Air lemon suam merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati selain merangsang sistem pencernaan anda.

Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien dengan lebih efektif, menjadikan badan lebih sihat secara keseluruhan.

Cara Sediakan Air Lemon

1. Hiris nipis setengah biji lemon dan rendamkan di dalam segelas air suam.
2. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bolehlah diambil sebagai minuman pembuka di awal pagi sejurus bangun dari tidur, sebelum mengambil sarapan.

Amalan mudah ini jika dilakukan secara konsisten mampu memberi kesan positif kepada kesihatan. Jadi, tidak salah untuk mula biasakan diri dengan air lemon suam setiap hari.

Selamat mencuba! Rasai keberkesanannya!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA 

Published by
Suhaidah Abd Wahab