Ads

Resipi AIR BUNGA TELANG SELASIH LEMON, Penyegar Tekak Bulan Puasa!

Air Bunga Telang Selasih Lemon, nampak pun dah menggiurkan terutama bulan puasa nanti.  Jika ada menanam pokok bunga telang ini di rumah, apa kata gunakan untuk membuat minuman istimewa dan menyegarkan ini untuk berbuka puasa nanti.

Sirap bunga telang ini bukan sahaja cantik malah juga punya khasiat tersendiri kerana tumbuhan ini memang diketahui ada banyak manfaat untuk kesihatan. Dikongsi Ibu Azzah, air ini dah tentu menyegarkan tekak yang seharian menahan dahaga apatah lagi dengan gabungan laici, lemon dan juga selasih. Memang lain dari yang lain.

Sirap bunga telang air istimewa banyak khasiat 

Resipi AIR BUNGA TELANG SELASIH LEMON, Penyegar Tekak Bulan Puasa!

Bahan A
2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk)

Bahan B 
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon (hiris nipis)

Ads

Bahan C 
Air gula (perlu dimasak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak diminum sahaja)

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis.

Ads

2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang berserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.

3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.

Ads

Resipi AIR BUNGA TELANG SELASIH LEMON, Penyegar Tekak Bulan Puasa!

Nota: Sukatan bahan untuk kuantiti balang, boleh kurangkan untuk hidangan keluarga.

Sumber: Ibu Azzah

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Raikan Ramadan & Aidilfitri Bersama Hameediyah, Dari Iftar Nasi Kandar Hingga...

Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!