Air Asam Menyengat Rasa Gerenti Bertambah Makan

Share

Air asam menyengat.Mudah dan sedap.Selalu buat cicah dengan ikan boleh berpinggan menambah.Makan ramai ramai best, berebut.Ikut suka nak kukus ikan apa, ini ikan bawal tambak. Manis isinya. Kukus ikan 20 minit sahaja.

Air asam

Bahan-bahan:

10 biji cili padi

2 biji besar cili merah

1 biji tomato, nak letak lebih pun boleh

1 biji bawang besar (potong nipis)

Asam jawa biji. Ambil separuh begini.

Belacan

1 cawan air suam

2 sudu makan gula

1 sudu makan sos tomato

1 sudu makan sos cili

Cara membuat:

1.Campurkan semua dalam mangkuk.

2.Letakkan sedikit garam.

3.Letakkan gula. Ada rasa manis, masam, pedas, sedap.

4.Belacan tadi tenyeh dekat tangan, pakai tangan.

5.Letakkan sos tomato.

6.Kemudian masukkan sos cili juga.

7.Air asam jawa tadi tapiskan, biji dibuang.

8.Gaul semua bahan tadi.

Kredit: Ameera

IKLAN