Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam (6) tahun berturut-turut.Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Ads
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk. Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan. “Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini. “Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan. Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Ads
Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini .
Ads
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak. Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) buat julung kalinya menjemput semua usahawan PKS untuk menyertai minggu POWER UP yang pertama dengan lawatan studio eksklusif dari 28 Jun hingga 1 Julai 2022.
Bertemakan “POWER UP! Be in The Right Place to Grow”, usahawan PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media di samping mempelajari inovasi pengiklanan bersasar (Addressable Advertising) yang pertama di Asia Tenggara.
Inovasi pengiklanan bersasar yang dirintis oleh Astro itu membolehkan perniagaan memanfaatkan sasaran digital menerusi televisyen dengan penggunaan data pihak pertama, malah mampu memaparkan iklan terus kepada isi rumah yang menonton program berkaitan.
Selain itu, PKS juga akan dapat mencapai profil pelanggan Astro yang bernilai tinggi di seluruh negara bagi mempercepatkan pertumbuhan dan melonjakkan kedudukan dalam pasaran.
LAWATAN DI BELAKANG TABIR
Minggu POWER UP Astro itu turut menawarkan usahawan PKS pengalaman di belakang tabir termasuk pengelolaan acara yang bersiaran langsung dari studio selain berpeluang bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif pakej pengiklanan.
Program yang berlangsung selama empat hari itu mempunyai tiga sesi pada setiap hari dan membolehkan PKS membuat pilihan masa, iaitu antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 2.00 petang.
HADIAH LUMAYAN MENANTI
Inilah masanya untuk menyertai pengalaman hebat di Astro dan menang hadiah bernilai lebih RM1 juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.
Setiap sesi terhad kepada 40 pek. Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi anda, boleh layari quake.com.myatau klik saja pada link inihttps://bit.ly/3OeT0MK
Bayangkan, pada usia mencecah 100 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih duduk tegak, senyum yakin dan berbicara dengan nada jelas. Ramai tertanya-tanya, apakah rahsia sebenar beliau?
Sebagai jenama yang memperjuangkan warisan makanan dan gaya hidup sihat, RASA percaya bahawa jawapan paling jujur datang dari dapur. Dan dari dapur kecil itulah, terbit falsafah pemakanan seorang negarawan agung.
Inilah pegangan Tun M, serba sederhana dalam segala, termasuk dalam soal makan. Beliau tidak menolak nikmat makanan, tetapi mendisiplinkan diri untuk mengambil sekadar perlu. Bukan kenyang semahu-mahunya, tapi cukup sekadar tenaga.
Pantang gula berlebihan. Dalam dunia yang penuh dengan godaan minuman manis, ais krim boba, dan pencuci mulut ‘viral’ kita harus berpada-pada.
Selain mengawal pengambilan gula dan makanan bergula, Tun M juga kurang makan daging.
Tiada ‘resipi magik’. Hanya kesederhanaan, konsisten dan kesedaran. Dari satu pinggan kecil, kepada satu gaya hidup. Dari satu pilihan makan tengah hari, kepada kualiti kesihatan berpuluh tahun lamanya.
Dan akhirnya, pesanan beliau paling ringkas tapi penuh makna:
RASA mengucapkan:
Selamat Ulangtahun ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad — insan yang bukan hanya membina negara, tapi juga memberi teladan bahawa kesihatan bermula dari apa yang kita suap ke dalam mulut.
Kerana pada akhirnya, kita bukan hanya apa yang kita makan — tapi apa yang kita pilih untuk tidak makan.
Buntu fikirkan menu minum petang untuk keluarga? Cuba buat agar-agar oren sunquick dan buah pic sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan begitu sahaja dan boleh juga dimakan bersama susu cair atau susu segar. Makan sejuk-sejuk, rasa nyaman je tekak. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Yatie Eimra ni.
1. Masak agar-agar tali bersama gula dan secawan air sehingga larut. Matikan api.
2. Tambahkan air gula buah pic dan pati oren Sunquick. Gaul hingga sebati.
3. Sediakan bekas dan masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Tuang agar-agar ke dalam bekas tersebut.
4. Sejukkan sehingga agar-agar menjadi keras.
5. Sedia untuk dimakan.
TIP:
Bagi yang menggunakan serbuk agar-agar, sukat agar-agar serbuk dalam 1/2 sudu kecil (sudu penyukat standard), kemudian buang secubit serbuk agar-agar tadi. Boleh juga guna sudu kecil dan buang secubit juga. Tak buang agar-agar pun takpe, tapi agar-agar akan jadi lebih keras sedikit.
Jika sukat guna cawan minuman, gunakan 1 1/4 cawan air dan 1 1/4 cawan air gula pic.
Gunakan bekas yang lebar dan jangan tuang terlalu banyak atau tebal kalau nak cepat keras.
Selain buah pic, boleh ganti dengan nanas dalam tin atau potongan buah mangga.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...