Agar-agar Pandan Kelapa Penuh Isi, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Share

Bila sebut agar-agar atau puding, mesti terbayang saat menikmatinya sejuk-sejuk. Tak kira apa jua jenis atau perisa, kesemuanya mempunyai rasa yang tersendiri.

Kali ini, Rose Aien Ramli sudi berkongsikan resipi agar-agar pandan kelapa dua lapis yang tampak begitu sedap dan menyelerakan. Sedap dinikmati sejuk-sejuk. Ramai penggemar ni.

BAHAN-BAHAN:

(ISI KELAPA)

250ml air + santan pekat – Boleh beli online di sini

1 sudu teh serbuk agar-agar – Boleh beli online di sini

2 helai daun pandan

2 sudu besar gula 

(LAPISAN BAWAH)

300ml air kelapa

1 sudu teh serbuk agar-agar 

2 helai daun pandan

2 sudu besar gula – Boleh beli online di sini

(LAPISAN ATAS)

1 ½ teh agar-agar serbuk – Boleh beli online di sini

Santan + air 400ml

3 sudu besar gula

Secubit garam – Boleh beli online di sini

Pewarna hijau 

CARA MEMASAK:

Untuk isi kelapa, masakkan bahan-bahannya dan sejukkan. Apabila telah sejuk, boleh sagat menggunakan penyagat kelapa. Jika tiada, boleh gunakan penyagat keju.

Untuk lapisan bawahnya masak bahan-bahan tersebut sehingga larut.

Kemudian, masukkan agar-agar yang telah disagat tadi.

Tutup api dan masukkan ke dalam acuan. Masukkan separuh acuan sahaja.

Manakala untuk lapisan atas, masak bahan-bahan tersebut sehingga larut.

Tambahkan juga pewarna hijau.

Kemudian, boleh penuhkan acuan tadi. 

Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Rose Aien Ramli

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN