Agar Agar Kelapa Muda Sedap. Sekali Buat Dapat Satu Loyang

Share

Sedapnya Agar Agar Kelapa Muda. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan manisan ini tidak banyak tapi bila buat, nah dapat satu loyang. Rasa pun sangat enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Nak cuba? Saudari Jes Tham ada kongsikan resipinya. Sangat ringkas. Anda pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!

 

RESIPI AGAR AGAR KELAPA MUDA MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 pek serbuk agar agar (10g) beli online disini


1 biji air kelapa muda
2 biji isi kelapa (untuk isi, guna 2 biji kelapa sebab satu biji tak cukup isinya untuk satu loyang)
1 liter air (termasuk air kelapa tadi)
1/2 cawan gula beli online disini
1-2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1.Sediakan periuk dan masukkan air, gula, daun pandan dan serbuk agar agar. Kacau sehingga air menggelegak dan semua bahan larut sepenuhnya.
2. Masukkan air kelapa dan kacau lagi seketika. Tutup api.
3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang saiz 22 cm.


4. Akhir sekali masukkan isi kelapa. Biarkan agar agar sejuk dulu barulah dimasukkan ke dalam peti untuk dibekukan.
5. Bila agar-agar sudah beku sepenuhnya, potong mengikut saiz kegemaran dan bolehlah dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jes Tham

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/bear-milk-warmer-bottle-sterilizer-bbw-w2d-20166309?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” background=”#e9ef2d” color=”#0d0707″ size=”5″ icon_color=”#0f0707″]Bear Milk Warmer & Bottle Sterilizer [/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN