Selama ni ada jer dikalangan kita yang tak ambil tahu pasal jenis-jenis tepung untuk buat kuih, ada yang pakai hentam jer janji tepungnya ada nama. Kalau yang profesional tak payah cakap la kan gerenti tau tepung ape nak guna untuk buat setiap jenis-jenis kuih-muih. Tapi kebanyakkannya ada sesetengah orang buat kuih ke tempeyek ke kadang tak jadi, nah kami bagi tips memilih tepung beras yg sesuai.

 

   Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

 

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.
2.TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat.

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.
3.TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH:

sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee sebab ia lebih kental

 

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup

Kong resipi: fb ‎Cik Amy‎ via (MAHN)

3 Resipi Berasaskan Tepung Beras Yang Wajib Buat Di Hujung Minggu!

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.

PULUT PAGI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600gm beras pulut
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 100gm gula
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 biji kelapa parut putih | digaul dengan 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 1 jam.
  2. Masukkan gula melaka, gula, air dan daun pandan ke dalam periuk. MAsak hingga semua bahan larut dan sedikit pekat. Angkat dan tapis.
  3. Kemudian masukkan air kapur ke dalam bancuhan gula tadi. Kacau rata.
  4. Kukus beras pulut sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas besar.
  5. Siram air gula melaka yang dimasak tadi. Gaul hingga semua bahagian pulut rata dan berwarna coklat.
  6. Kukus pulut tadi sekali lagi sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 15 minit.
  7. Keluarkan pulut dan gaul menggunakan sudip kayu hingga nampak berkilat dan sebati.
  8. Sendukkan pulut dan letakkan sedikit kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Hidangan ini popular di negeri Kelantan dan biasanya dinikmati pada waktu pagi.

Waktu memasak: 30 minit / Cara memasak : Kukus

 

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.

 SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

BAHAN SAGU:

  • 200gm biji sagu halus
  • 3 liter air
  • Sedikit pewarna merah, dan hijau

BAHAN SANTAN :

IKLAN
  • 100ml santan kotak
  • 100ml air
  • 1 sudu teh tepung beras
  • ¼ sudu teh garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :

  • 150 gm gula melaka
  • 50 ml air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Siram sagu dengan air kemudian toskan dan bahagi dua bahagian.
  2. Bahagikan air kepada dua bahagian, didihkan air dalam periuk berasingan.
  3. Satu warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  4. Setelah mendidih, masukkan satu, kacau hingga pekat.
  5. Tutup api, tuang dalam bekas dan sejukkan.
  6. Lakukan cara yang sama untuk satu warna lagi.
  7. Satukan semua bahan santan, masak hingga agak pekat. Ketepikan.
  8. Satukan semua bahan sirap. Masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
  9. Keluarkan sagu dari bekas, masukkan dalam kotak daun yang telah disediakan.
  10. Hidangkan bersama santan dan sirap gula Melaka.

INFO CHEF: Hidangan ini lebih sedap dihidangkan sejuk. Oleh itu simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Masa Memasak: 30 minit. / Cara Memasak:  Rebus & reneh.

 

Adunan Jadi Hancur Kalau Tersalah Pilih Tepung! No.4 Memang Elok Kejadiannya Kalau Nak Buat Laksa.

THAI COCONUT PUDDING

BAHAN-BAHAN :

BAHAN LAPISAN BAWAH :

IKLAN
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1/3 cawan nasi sejuk
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2sudu teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1 cawan santan kotak
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu  teh garam

BAHAN HIASAN :

  • Daun bawang  | hiris halus
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK :

  1. Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Satukan semua lapisan atas, ketepikan.
  3. Gris acuan  kuih cara dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
  4. Kacau lapisan bawah dan tuang  satu senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.
  5. Biarkan seketika hingga bahagian bawah berlekuk.
  6. Masukkan satu sudu kecil adunan atas. Tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
  7. Kecilkan api dan masak sehingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.

 

INFO CHEF: Selain menggunakan acuan kuih cara atau tako, puding ini diisi dalam loyang dan dibakar macam kuih bakar biasa.

Masa Memasak: 40 minit. / Cara Memasak:  Bakar

 

Nah step by step cara nak buat laksa. Lepas ni guna tepung beras yang sesuai pasti menjadi! Terbaik…

Step By Step Resipi Laksa Tepung Homemade. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja. Cepat & Mudah Disediakan!

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI