Makan

Cara Buat ACAR RAMPAI Sedap, Masam Manis & Rangup, Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa

Share

Acar rampai ini selalunya dihidang waktu kenduri tapi sekarang jarang sangat jumpa, kalau ada buat pun cuma acar mentah.

Acar rampai ini memang ngam sangat dengan nasi minyak. Kalau teringin apa kata buat sendiri, nak tunggu makan kenduri tak tahulah bila jumpa. Cara membuatnya dikongsi oleh Abg Apitte.

Cara buat acar rampai yang sedap dan rangup

Bahan Diperlukan:

5 biji timun muda – potong memanjang, bahagian tengah dia tak payah ambik
2 biji lobak merah – potong memanjang
2 sudu kapur makan
1 cawan minyak masak
15 biji bawang putih (kalau besar potong 2)
10 biji bawang ros
3 sudu biji sawi
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit Air
4-5 sudu makan cuka
sos tiram
sos cili
Gula
Serbuk Perasa

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
3 inci halia
2-3 sudu cili kisar

Bijan sangai/ kacang goreng tumbuk

Cara Membuat:

  1. Terlebih dulu sediakan bahan acar rampai iaitu;
    5 biji timun muda – potong memanjang, bahagian tengah dia xpayah ambik
    2 biji lobak merah – potong memanjang

2. Rendam timun dan lobar yang dihiris dengan 2 sudu kapur makan selama 30-40 minit sebelum masak. Ini cara untuk acar rangup. Kemudian bilas dan tos.

3. Seterusnya cara membuat sambal acar. Panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2) 10 biji bawang ros. Tumis sekejap.

4. Kemudian masukan 2 biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar, 3 sudu biji sawi tumis sampai wangi.

5. Kemudian masukkan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.

6. Kemudian masukkan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sedikit sos tiram dan sos cili. Masukkan gula dan perasa (acar ini kena manis2 masam). Masak sambal sampai agak pekat dan tutup api.

7. Bila dah suam baru masukkan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk. Gaul rata.

 

8. Boleh hidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriyani bersama ayam masak merah atau ayam kurma.

Selamat mencuba

Sumber: Abg Apitte.

 

Published by
Rose