Acar Ikan Cencaru, Rasa Masam Manisnya Tambat Selera

Share

Ikan cencaru antara ikan yang menjadi kegemaran ramai dan menjadi ikan yang sering digunakan di dalam masakan. Dalam kepelbagaian masakan tersebut, pernah cuba acar ikan cencaru?

Ikuti resipi perkongsian daripada Nurul Jannah Zakariar. Cukup dapat makan dengan nasi putih pun dah sedap. Tak perlu lauk lain dah. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN:

Ikan cencaru 

Rempah 4 sekawan 

Bawang merah (dihiris) – Boleh beli online di sini

Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris) – Boleh beli online di sini

Biji halba – Boleh beli online di sini

Cili boh / cili kisar

Serbuk kunyit

Serbuk kari ayam/daging – Boleh beli online di sini

Belacan – Boleh beli online di sini

Sedikit air

Sedikit cuka – Boleh beli online di sini

Cili merah

Cili hijau

Timun (dibuang biji dan dihiris)

Bawang merah (dibelah empat)

CARA MEMASAK:

Goreng ikan cencaru yang telah diletakkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris hingga naik bau. 

Kemudian, masukkan biji halba. Tumis lagi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan beberapa sudu cili boh atau cili kisar diikuti serbuk kunyit, serbuk kari ayam atau daging, dan sedikit belacan.

Tumis sehingga jadi begini.

Tambahkan sedikit air masak ke dalam tumisan tadi.

Masak lagi hingga terbit minyak.

Kemudian, tuangkan sedikit cuka. Perasakan garam dan gula. Lebihkan gula daripada garam.

Selepas itu, masukkan sedikit kerisik dan kacau rata.

Setelah itu, masukkan lobak merah, timun dan bawang besar yang dibelah empat.

Gaul rata.

Kemudian, tambahkan air agar tidak terlalu kering. Masak sehingga sayur sedikit layu.

Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi.

Masukkan cili merah dan hijau yang dihiris kasar. Gaul rata dan masak seketika.

Siap!

Kredit: Nurul Jannah Zakariar

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN