
Able Farm, jenama tenusu tempatan di bawah Able Dairies Sdn Bhd, anak syarikat kepada Johore Tin Berhad, terus memperkukuh kehadirannya dalam industri makanan dengan menawarkan pelbagai produk tenusu berkualiti tinggi untuk kegunaan isi rumah dan industri makanan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Able Farm semakin dikenali dalam kalangan pengguna Malaysia sebagai antara jenama yang menyediakan bahan tenusu yang praktikal dan sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan. Daripada minuman, masakan hinggalah kepada kuih-muih dan pencuci mulut, produk Able Farm sering menjadi pilihan kerana rasanya yang konsisten dan mudah digunakan.
Antara produk utama yang ditawarkan oleh Able Farm termasuk susu pekat manis, krimer manis, susu sejat dan susu UHT. Produk-produk ini memang sangat sinonim dengan dapur rakyat Malaysia dan sering digunakan dalam penyediaan minuman, makanan serta pelbagai jenis resipi tradisional.
Selain itu, Able Farm juga menawarkan susu tepung penuh krim segera yang diperoleh daripada sumber berkualiti di New Zealand. Produk ini sesuai digunakan untuk minuman serta dalam penyediaan makanan dan bakeri, menjadikannya pilihan yang fleksibel untuk pelbagai kegunaan.
Tidak hanya tertumpu kepada produk tenusu, Able Farm turut menyediakan pelbagai produk lain seperti santan, krim kelapa dan minyak masak. Kepelbagaian ini menjadikannya pilihan lengkap untuk kegunaan dapur harian rakyat Malaysia.
Dalam penyediaan Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba, minyak masak EcoSafa di bawah syarikat Able Perfect Sdn Bhd digunakan dalam proses memasak. Penggunaan bahan ini membantu menambah keharuman dan kelazatan hidangan tradisi yang diagihkan kepada orang ramai.
Berpusat di Telok Panglima Garang, Selangor, kemudahan pembuatan Able Farm dibangunkan dengan teknologi moden bagi memastikan setiap produk dihasilkan mengikut piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang ketat. Sebahagian produk mereka juga memiliki pensijilan Veterinary Health Mark (VHM), yang menandakan pematuhan terhadap standard keselamatan makanan yang tinggi.
Dengan kualiti produk yang konsisten, Able Farm berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Produk keluaran mereka kini dieksport ke beberapa negara, membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat global.
Selain memberi tumpuan kepada pembangunan produk, Able Farm juga aktif menyokong aktiviti komuniti yang berkaitan dengan makanan dan tradisi tempatan. Baru-baru ini, Able Farm turut memeriahkan acara RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 yang dianjurkan oleh majalah RASA di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena bulan Ramadan.
Program ini menghimpunkan anggota bomba, sukarelawan serta orang ramai dalam suasana rewang iaitu tradisi memasak secara beramai-ramai yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia, terutamanya pada bulan Ramadan. Melalui program ini, sebanyak 16,000 pek bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan kepada orang ramai yang hadir.
Bagi memeriahkan lagi acara tersebut, Able Farm turut menyediakan 500 cawan teh ais
secara PERCUMA khas untuk para pengunjung. Inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai menikmati minuman yang menyegarkan sambil menyaksikan sendiri kemeriahan suasana rewang yang penuh dengan semangat kebersamaan.Penglibatan dalam program komuniti seperti ini mencerminkan komitmen Able Farm untuk terus dekat dengan masyarakat, di samping menyokong usaha yang meraikan budaya makanan tempatan.
Dengan rangkaian produk yang semakin berkembang serta komitmen terhadap kualiti, Able Farm terus bergerak ke hadapan sebagai salah satu jenama tenusu tempatan yang dipercayai ramai. Selaras dengan tagline mereka, “Sumber Tenusu Premium Pilihan Anda,” jenama ini komited untuk terus menyediakan produk berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan dapur rakyat Malaysia.
Daripada hidangan harian di rumah hinggalah ke acara komuniti yang menyatukan masyarakat, Able Farm kekal sebagai pilihan utama pengguna yang mementingkan kualiti, kemudahan dan rasa yang konsisten dalam setiap sajian.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web
RASA:Taburan bawang goreng rangup buat hidangan lebih wangi dan sedap