Cuba bayangkan lipas tiba-tiba keluar bila kita sedang memandu? Geli campur geram kan? Bila lipas dah menyelinap masuk ke dalam kereta, memang susah nak bunuh atau halau. Boleh cuba petua ni mana tahu berkesan..
BAHAN-BAHAN
Minyak masak terpakai
Susu pekat
Majerin
CARA PENYEDIAAN
Ads
Gaul sebati dalam bekas dan biarkan semalaman di dalam kereta. Sukatan ikut suka. Esok dah boleh nampak dah hasilnya.
Tembikai ni ada yang sebut semangka, dan di Kelantan dipanggil Timun Cina. Ada yang bujur ada yang bulan. Tekstur kulit, bentuk dan rupanya semua mempengaruhi kualiti tembikai itu.
Kalau tersalah pilih pastilah korang nyesal pulak. Ni min kongsikan 8 tip atau petua nak pilih tembikai yang masak, banyak jusnya dan manis
1. Ketahui Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. Tembikai yang lonjong tu sedap dibuat jus kerana airnya lebih banyak dari yang bulat. Manakala yang bulat biasanya dimakan begitu sahaja
2. Tompokan Kuning
Tompokan atau kawasan kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3. Tompokan Jaringan Lebah
Telitikan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah – labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.
4. Perhatikan Ukuran dan Beratnya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk pengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
5. Tengok Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.
6. Rasa tekstur permukaan kulitnya.
Jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.
7. Tepuk-tepuk
Tepuk jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Dah tahu cara pilih jom semak apa khasiatnya pada tubuh badan kita.
KHASIAT TEMBIKAI (sumber Hello Doktor)
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Sistem Penghadaman Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik untuk kulit dan rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak nasi di rumah kadang kala jadi lembik, kadang berderai macam kerikil halus. Tapi bila makan di hotel atau restoran, nasi dia elok aje… gebu, wangi, lemak dan sekata pula tu.
Apa rahsianya? Sebenarnya, bukanlah sebab beras mahal sahaja, tapi sebab chef hotel ada teknik rahsia yang kita pun sebenarnya boleh tiru di rumah!
Jom RASA bongkar satu-satu
1.Guna Beras Yang Betul Untuk Masakan Yang Betul
Chef hotel tidak menggunakan satu jenis beras untuk semua hidangan. Chef biasanya akan pilih ikut jenis masakan:
Beras Basmathi : panjang, ramping, dan wangi. Sesuai untuk nasi briyani & nasi Arab.
Beras Jasmine : wangi dan sedikit melekit, paling sesuai untuk masakan Asia seperti nasi ayam dan nasi goreng.
Beras Parboiled : tak cepat lembik, hasilnya lebih pejal. Sesuai untuk buffet dan meal prep.
Beras Sushi : pendek dan melekit, khas untuk sushi dan rice bowl.
Petua masak orang tua kita dahulua biasanya ialah basuh beras 2–3 kali sampai air jernih. Ini untuk membuang kanji dan elak nasi jadi melekit tak tentu hala.
Chef hotel jarang masak beras terus lepas basuh. Mereka rendam dahulu beras selama 20–30 minit.
Apabila beras direndam, air serap sekata dan nasi akan jadi lebih lembut dan panjang bila dimasak. Ini sangat berkesan untuk beras Basmathi & Jasmine.
Tip Pro: Letak secubit garam dalam air rendaman, nasi jadi lebih sedap “dari dalam”.
Di hotel, chef tidak guna air paip kosong sahaja tau! Mereka “naikkan level” dengan:
Trik Hotel: Masukkan sehelai daun salam atau 2–3 bunga cengkih dalam periuk, harumnya akan merebak satu rumah!
Salah satu punca nasi tak menjadi kerana nisbah air dan beras tidak betul.
Jadi, ikut ni kaedah ini:
Guna cawan yang sama untuk sukat air dan beras kerana konsitensi itu penting!
Oleh demikian itu, nasi bukan sekadar pengalas lauk, tapi asas kepada rasa setiap hidangan. Kalau nasi pun tak menjadi, lauk sedap pun tak ‘kick’!
Admin RASA: Dengan petua ni, harapnya lepas ni nasi kat rumah pun dah boleh challenge hotel!
Kadang stres buat sotong goreng tapi apabila dimasukkan dalam minyak panas, tepungnya lekang atau tertanggal. Akhirnya, sotong goreng tepung jadi sotong ‘telanjang bulat’. Taknaklah jadi seperti itu kan?
Melalui laman instagram Dapur Syira Lokman, ada tip untuk menjadikan tepung pada hidangan sotong goreng melekat dengan elok dan tidak tertanggal.
Menurut empunya akaun instagram ini, sotong perlulah dua kali disalut dengan tepung. Salutan tepung pertama dibuat pada mula-mula sekali selepas sotong dikeringkan daripada air. Salutan tepung kali kedua dibuat selepas sotong disalut dengan bancuhan telur.
Untuk lebih jelas, jom kita tengok resipi yang disediakan.
BAHAN-BAHAN
Sotong
Telur ayam
Tepung goreng ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong dan basuh sotong sehingga bersih. Keringkan air yang ada. Lap menggunakan tisu dapur pun boleh.
2. Pecahkan telur ayam dan pukul sehingga kembang.
3. Salut sotong dengan tepung.
4. Kemudian celup sotong tadi pada bancuhan telur pula.
5. Salut lagi sekali sotong itu dengan tepung dan biarkan seketika.
6. Pastikan minyak masak betul-betul panas dan bolehlah mula menggoreng. 7. Goreng sekejap sahaja. Angkat apabila sotong kelihatan kekuning-kuningan. Siap!
Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh yang mudah, berkuah pekat dan sangat sedap. Ikuti resipi lengkap bersama tip memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.