Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
Ads
LEPAT JAGUNG MANIS
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (hiris)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Kuih peneram bukan sahaja digemari ‘orang lama’, malah semua peringkat umur. Kanak-kanak pun menyukainya kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Ada yang panggil kuih denderam, kuih benderang dan sebagainya. Walau apapun panggilannya, ia tetap menjadi salah satu kuih tradisi yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
Nak tahu cara mudah untuk menghasilkannya? Ikuti perkongsian Puan Rusfaniza Abu Yazid dengan resepi kuih peneram yang cukup mudah.
Masak gula, santan dan air sehingga jadi bubble macam ni. Kalau rajin kacau, boleh guna api besar. Kalau tak rajin kacau, lebih baik guna api perlahan je. Takut meruap.
Apabila air gula dah masak, masa air gula tengah panas tu terus masukkan ke dalam tepung beras. Masuk sikit-sikit, takut tercair. Kacau sampai jadi macam ni.
Tips: Kalau adunan lembik, jangan masuk tepung. Takut rasa mentah. Masuk air gula sikit-sikit. Kalau adunan keras, boleh tambah air yang betul-betul panas.
Setelah siap, boleh perap semalaman. Boleh juga bancuh adunan sebelah pagi, dan sebelah petang baru digoreng.
Gunakan minyak sikit je. Bila nak canai, tekap guna tepung jagung. Baru tak melekat.
Masa nak menggoreng, minyak kena betul-betul panas. Dah siap kuih peneram yang sedap!
Teringin nak makan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari.
RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti.
Tak berkenan kuih ketayap, ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
½ biji kelapa parut | ambil putih sahaja ¾ cawan gula merah – beli online di sini ½ sudu teh garam 2 helai daun pandan | disimpulkan ½ cawan air 2 sudu makan tepung gandum
DapatkanKhind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering. Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
3. Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah. 4. Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati. 5. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. 6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak. 7. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan. 8. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. 9. Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut – beli online di sini ½ cawan tepung pulut hitam 2 sudu besar tepung gandum Secubit garam 1 ½ cawan air 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam Minyak masak secukupnya Daun pisang | dilayur atas api kecil
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja 1 ketul gula Melaka – beli online di sini 1 cawan gula pasir – beli online di sini 2 helai daun pandan |disimpul ½ cawan air
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. 2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan. 4. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
5. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan. 6. Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. 7. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti. Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat. 8. Kemudian lipat seperti biasa. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut 4 helai daun pandan | dikisar dengan ½ cawan air 1 cawan air Gula melaka | dipotong kiub Kelapa parut putih secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk, jika suka. Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan. 2. Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk. 3. Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa. Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan. 4. Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli. 5. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10–15 biji sekali rebus. 6. Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya. 7. Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi. Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau 6gm yis segera – beli online di sini 50gm minyak sayur ½ sudu teh garam 100gm gula halus 250gm air suam
BAHAN INTI:
200gm kacang merah 100gm gula perang – beli online di sini ½ sudu teh gula merah ½ sudu teh garam 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang. 2. Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus. 3. Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan. 4. Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. 5. Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit. 6. Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm. 7. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik. 8. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat. Kemudian isikan inti dan bulatkan doh. Simpan selama sejam. 9. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum 3 cawan santan kelapa 2 biji telur 3 helai daun pandan Sedikit pewarna hijau Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti Garam secukup rasa Sedikit minyak masak, untuk disapu pada acuan
CARA MEMASAK:
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. 2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. 3. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar. 4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. 5. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan. Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih. 6. Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh. 7. Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek Tepung gandum Sedikit gula Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas. 2. Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung. 3. Bentukkan doh bulat seperti bebola. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya. 4. Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek. 5. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap.
Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
1. Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
.
2. Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
3. Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
4. Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
5. Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
6. Cara Tuang Adunan:
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
7. Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng.
Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Sup Ayam Kurma Merah & Goji Berries kaya dengan protein, antioksidan, vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan tenaga, menyokong imuniti serta menghangatkan badan.