
Jom cuba buat Bubur Rolled Oat Daging yang sedap ni. Ramai yang susah nak makan oat kerana rasanya yang tidak enak. Salah tu, jika masak guna resipi yang tepat, pasti anda akan menggemari rasanya.
Salah satu yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Mudah disediakan dan rasanya tentunya enak. Jom cuba!
Resipi Bubur Rolled Oat Daging Yang Sedap
Kalau selama ni anda hanya biasa makan oat bersama susu atau buah-buahan, apa kata kali ni cuba pula versi bubur yang dimasak bersama daging. Rasanya lebih kepada bubur berkuah yang cukup menyelerakan, terutama bila dinikmati bersama bawang putih goreng, ikan bilis dan emping cili.

Menariknya, resipi ni menggunakan rolled oat yang mempunyai tekstur berbeza daripada oat segera. Bila dimasak bersama daging dan bahan-bahan lain, hasilnya memang sesuai untuk anda yang nak cuba cara lain menikmati oat.
Bahan-Bahan Bubur Rolled Oat
- 3 sudu makan rolled oat – beli online di sini
- Ikan bilis goreng – beli online di sini
- Daging secukupnya – boleh ganti dengan isi ayam/udang/bilis
- 1 akar pokok ketumbar
- 1 akar pokok sup
- Serbuk lada hitam secukupnya – beli online di sini
- Emping cili secukupnya – beli online di sini
- 4 ulas bawang putih – untuk buat bawang goreng macam makan mee celup
- Serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
- Jus limau nipis secukupnya
Cara Memasak Bubur Rolled Oat Daging
Untuk mendapatkan rasa bubur yang sedap, penyediaan bawang putih goreng dan emping cili juga memainkan peranan penting. Kedua-dua bahan ni akan menambahkan aroma dan rasa apabila dihidangkan bersama bubur yang masih panas.
Langkah 1: Sediakan Bawang Putih Goreng
1. Kupas bawang putih dan tumbuk tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus.

2. Panaskan minyak masak guna api sederhana, masukkan bawang putih.
3. Sentiasa kacau bawang putih dan jangan biar hingga hangit. Jika hangit, rasanya akan tidak sedap.
4. Goreng bawang putih hingga keperangan dan rangup.

5. Angkat bawang putih dan asingkan minyaknya. Jika dibiarkan, walau sudah dipadamkan api, bawang tetap akan hangit.
Pastikan bawang putih yang sudah digoreng terus diangkat dan ditoskan. Bawang putih yang rangup ni memang sedap bila ditaburkan atas bubur sebelum makan.
Langkah 2: Goreng Emping Cili
6. Seterusnya, untuk emping cili, boleh guna minyak gorengan ikan bilis. Semasa baki minyak gorengan bilis yang masih panas, masukkan emping cili. Goreng seketika.
7. Goreng sebegini. Jangan sampai hangit.

8. Hasil emping cili goreng.

Emping cili ni boleh disediakan mengikut tahap kepedasan yang anda suka. Kalau tak mahu terlalu pedas, gunakan sedikit sahaja ketika menghidangkan bubur nanti.
Langkah 3: Rebus Daging Dan Masukkan Rolled Oat
9. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan hirisan daging. Biarkan mendidih.

10. Seterusnya masukkan rolled oat. Didihkan bersama daging hingga lembut.

11. Untuk lembutkan rolled oat ni ambik masa lama juga. Sebab tu bila makan cepat kenyang teksturnya tidak terlalu bertepung macam oat segera.
Semasa memasak, boleh kacau bubur sekali-sekala supaya oat tidak melekat pada dasar periuk. Jika kuah semakin pekat tetapi oat masih belum cukup lembut, tambahkan sedikit air mengikut kesesuaian.
Tempoh memasak juga boleh berbeza mengikut jenis rolled oat yang digunakan. Pastikan daging dimasak hingga betul-betul empuk sebelum dihidangkan.
Langkah 4: Masukkan Akar Ketumbar Dan Perasakan Bubur
12. Masukkan akar ketumbar dan akar sup. Ia bertujuan untuk jadikan kuah sup jadi lebih sedap.

13. Perasakan dengan sedikit perisa. Jangan lebih nanti masin.

Anda mungkin berminat dengan
Akar ketumbar dan akar sup membantu memberikan aroma pada kuah. Untuk rasa yang lebih seimbang, masukkan serbuk perasa sedikit demi sedikit dan rasa terlebih dahulu sebelum menambah lagi.
Langkah 5: Hidangkan Bubur Bersama Bahan Pelengkap
14. Bubur Rolled Oat siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, perah jus limau nipis untuk kombinasi rasa masam dan pedas yang sedap.


Untuk hidangan yang lebih menyelerakan, taburkan bawang putih goreng, ikan bilis goreng dan emping cili yang sudah disediakan tadi. Boleh juga tambahkan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
Petua Supaya Bubur Rolled Oat Lebih Sedap
Kalau pertama kali mencuba resipi ni, ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian supaya hasil bubur lebih memuaskan.
- Gunakan rolled oat: Teksturnya lebih terasa berbanding oat segera dan sesuai dimasak sebagai bubur berkuah.
- Jangan hangitkan bawang putih: Bawang putih yang terlalu garing atau hangit boleh menyebabkan rasa pahit.
- Masak daging hingga empuk: Hirisan daging yang nipis lebih mudah dimasak dan senang dinikmati bersama bubur.
- Kawal kepekatan kuah: Tambahkan air sedikit demi sedikit jika bubur menjadi terlalu pekat.
- Perasakan secara sederhana: Ikan bilis goreng dan bahan pelengkap lain juga menyumbang rasa kepada hidangan.
Selain daging, anda juga boleh menggunakan isi ayam, udang atau ikan bilis seperti yang dicadangkan dalam resipi asal. Jadi, bolehlah sesuaikan bahan mengikut apa yang ada di dapur.
Resipi Bubur Rolled Oat Daging ni juga menarik untuk dijadikan pilihan sarapan atau hidangan ketika mahukan sesuatu yang panas dan berkuah. Gabungan rasa daging, bawang putih goreng, emping cili dan limau nipis menjadikan bubur lebih berperisa.
Kalau sebelum ni anda kurang gemar makan oat, bolehlah cuba Bubur Rolled Oat Daging ni. Mana tahu selepas ni terus jadi antara menu kegemaran seisi keluarga. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Nurhayati Nasir
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

sekarang!

