Pagi-Pagi Buntu Nak Buat Bekal? Makaroni Keju Ni Mudah & Sedap!

Ads

Pagi-pagi dah pening fikir nak bekalkan anak apa ke sekolah? Apa kata cuba Makaroni Keju ni! Memang cukup menyelerakan. Mudah disediakan, mengenyangkan dan sesuai untuk anak-anak yang suka menu berkeju. Selamat mencuba!

MAKARONI KEJU 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan makaroni – direbus hingga lembut
  • 100gm isi ayam – dipotong kecil atau dicincang
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • ½ cawan keju cheddar parut
  • 2 sudu besar jagung
  • 2 sudu besar lobak merah – dipotong kecil
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah

Cara Memasak:

  1. Panaskan mentega dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga berubah warna.
  4. Tambahkan lobak merah dan jagung. Tumis seketika.
  5. Masukkan tepung gandum dan kacau cepat selama kira-kira 30 saat.
  6. Tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
  7. Masukkan keju cheddar dan kacau hingga cair serta sos menjadi creamy.
  8. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
  9. Masukkan makaroni yang telah direbus.
  10. Gaul hingga makaroni bersalut rata dengan sos keju.
  11. Tutup api dan biarkan sedikit suam sebelum dimasukkan ke dalam bekas bekal.
Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads