Laksa Kuah Merah Terengganu Ni Memang Padu! Kuah Pekat Buat Hirup Sampai Licin
Kalau sebut Laksa Terengganu, jangan ingat versi kuah putih je. Kuah merah pun ada dan sedapnya memang tak boleh bawa bincang! Kalau rindu makanan Pantai Timur, jom cuba Laksa Kuah Merah Terengganu ni sendiri di rumah. Selamat mencuba!
LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa – dicelur
Timun (cincang halus)
Kacang panjang (hiris halus)
Tauge
Daun kesum (hiris halus)
Bunga kantan (hiris halus)
Limau kasturi
BAHAN B (ISI IKAN):
10 ekor ikan selayang – direbus, ambil isi dan kisar halus dengan air rebusan ikan
1 liter air rebusan ikan
BAHAN KUAH:
3 sudu besar cili kisar
5 sudu besar rempah Gulai Cap Ros
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
2 sudu besar kerisik
1 inci belacan (tumbuk halus)
1/2 keping gula melaka
1 keping asam gelugur
500ml santan pekat
Minyak masak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #laksakuahmerahterengganu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
