Tentu ramai yang meminati bubur kacang. Manisan lemak manis ini memang enak dinikmati tidak kira dimasak sejuk mahupun panas. Tapi bagaimana hendak memastikan rasanya menjadi lebih sedap? Ini ada petuanya.
Photo: Pixabay/PDPics
Sebelum merebus kacang, elok digoreng kacang tersebut tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya.
Ads
Ads
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal tumis adalah antara masakan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Hidangan bersambal ini sesuai dimasak bersama pelbagai jenis bahan seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, telur dan bermacam-macam lagi. Namun, ada di kalangan kita yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan lagi sajian ini. Mungkin kerana merasakan resipi yang sedia ada kurang menepati selera.
Melalui hantaran di FB, saudara Putra Bugis Temasek telah berkongsi tip dan petua untuk memasak sambal tumis yang lebih sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
Hari ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis. Tip-tip yang saya kumpulkan ini boleh membuatkan sajian ini bertambah sedap ketika dimasak. Saya buat penyelidikan tentang ini pada tahun 2013. Semoga bermanfaat & selamat membaca. Jika ada tip-tip dari teman-teman, sharelah juga ya.
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.
Bila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.
Untuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan barulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.
Untuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.
Caranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.
Sotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
Semasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.
Jika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.
Kalau masak Sambal Tumis Udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.
Ketika memasak sambal, masukkan udang terlebih dahulu. Biar sehingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.
Untuk elak isi udang keras, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
Untuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.
Untuk membuat Sambal Tumis Telur yang sedap, tambah sedikit ikan bilis sebagai perencah dalam kisaran cili.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada mengandungi cuka.
Namun jika perlu guna, pastikan ia dimasak hingga betul-betul garing dan lebihkan gula untuk menghilangkan rasa cukanya.
Boleh juga tumis tomato dadu dan sedikit belacan semasa menyediakan sambal.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sikit kunyit hidup. Insyallah mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal dan asam pedas akan terasa lebih sedap.
Api harus kecil dan tumis rencah sehingga naik minyak.
Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caramelized / keperangan.
Sambal tumis akan kelihatan gelap, cantik dan rasanya sedap.
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Teruskan masak seperti biasa sehingga siap.
Kredit petua & foto: Putra Bugis Temasek
Dengan mengikuti petua sambal tumis ini, anda boleh hasilkan sambal yang lebih sedap, beraroma serta pekat dengan rasa yang seimbang antara pedas, masin dan manis.
Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai.
CARA-CARANYA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi. Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba petua di bawah.
CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI:
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!