Nasi goreng yang enak tidak semestinya guna bahan-bahan yang mahal. Hanya dengan guna bahan ringkas je pun, tetap boleh hasilkan nasi goreng yang terbaik. Salah satu yang boleh dicuba ialah Nasi Goreng Ikan Masin. Fuhhh..Mantap! Nak lagi sedap? Tambah sikit aneka seafood. Memang laju makan weh.
NASI GORENG IKAN MASIN
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
175gm nasi putih
2 biji bawang putih } ketuk
4 biji cili padi
1 sudu ikan masin }ditumbuk halus
1 biji telur
100gm isi ayam }potong nipis
100gm udang }bersihkan
100gm sotong }hiris nipis
50gm kailan }potong
1 biji cili merah }potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi dan ikan masin.
Masukkan telur, garam, isi ayam, sotong, udang, kalian dan cili merah.
Masukkan nasi gaul hingga rata.
Sedia dihidangkan bersama salad dan timun berserta sup.
Info chef: Ikan masin ditumbuk halus agar ia sekata bila dimasukkan ke dalam nasi goreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketupat Pocongperkongsian saudari Biey Hasbini nampak sangat enak dan mudah disediakan. Kelihatan seakan lemang, namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama. Hanya kukus sahaja. Enak dimakan bersama aneka rendang pilihan. Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya bersama keluarga.
2 kg beras pulut – beli online disini 2 cawan santan pekat – nak lemak lebihkan sedikit – beli online disini 1 sudu teh garam Daun pisang secukupnya
1. Basuh pulut hingga jernih air. Kemudian rendam beras pulut selama 2 jam. 2. Toskan beras pulut dan kukus hingga masak. 3. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan satu sudu teh gula untuk sekilo pulut. Kukus semula hingga berwap. Angkat. 4. Ambil sekepal pulut dan bungkus dengan daun pisang. 5. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuknya dan padat. 6. Ikat bahagian hujung terlebih dahulu. Kemas dan rapatkan pulut kemudian ikat hujung satu lagi. Nak lebih padat, ikat di bahagian tengah. 7. Kukus atau rebus gulungan Ketupat Pocong. Lebih lama dikukus atau direbus, Ketupat akan lebih tahan lama dan padat macam lemang.
Menyelerakan. Nasi Ulam Terengganu antara salah satu menu yang juga digemari ramai. Nasi ulam ada macam-macam versi. Ada versi utara, versi timur dan ada pelbagai cara membuatnya.
Yang pasti Nasi Ulam antara menu yang memang dicari-cari terutama ketika bulan Ramadan. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini.
MENU NASI ULAM TERENGGANU
BAHAN A: ULAM
Daun kunyit
Daun Selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesum – BELI SINI
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Pucuk pegaga
Kacang botol
Cili padi-BELI SINI
*semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus
BAHAN B:
5 biji bawang merah-BELI SINI
3 sudu besar lada hitam –BELI SINI
3 ekor ikan selayang (dibakar)
2 ekor ikan kering (digoreng)
*semua bahan B ditumbuk.
BAHAN C:
2 cawan nasi ( dimasak kering sedikit)
Garam dan gula
Perasa
1 sudu besar kerisik- BELI SINI
1/2 biji kelapa parut
1 biji limau nipis-BELI SINI
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kelapa bagi kering sedikit.
2. Masukkan bahan B. Gaul rata.
3. Masukkan kerisik, garam gula dan perasa.
4. Apabila agak-agak sebati, tutup api.
5. Kemudian bolehlah dicampurkan dengan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi.
6.Gaul rata dan sebatikan. Siap.
Bolehlah makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.
Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dari ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu .
RASA menghurai petua dari Datin Nor Hafizah Saad ,45 tahun, yang handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.
.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pada hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun IG@ norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.
Usahawan berasal dari Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 tahun dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 tahun.
“Datuk tak makan masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa makan lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dengan ‘maid’ pun,”katanya diikuti dengan gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 tahun, pastinya rumahtangga yang baru terbina selama lima tahun ini cukup hangat dengan kasih sayang .
Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dalam set pinggan mangkuk Port Meirion yang tekenal dari Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi untuk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dengan kuah durian serta Mi Udang.
Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yang berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dari daun pokok lemuni yang berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dari rumah bapa saudaranya di Ampang yang menanam pokok ini.
“ Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bagi satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dengan santan , sukatannya sama dengan jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.
Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan untuk wanita dalam pantang bersalin. Tapi hati-hati lepas makan ‘angin’ terlepas keluar dari badan,” cerianya tertawa kecil.
Bercerita mengenai kuih serabai yang dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap boleh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga boleh ditambahkan kelapa parut untuk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yang menetap di Pulau Pinang..
Berasal dari Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga makanan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.
“Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin untuk laksa, boleh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yang nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yang dimasak oleh mak,” imbaunya lagi.
Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yang baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini banyak resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.
NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi 2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang 2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam 3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). 4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh. 5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian : 1. Masukkan gula dan air 2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian 3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
MI UDANG ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat. 5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih. 6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!