Cookies mahu pun biskut coklat antara carian orang ramai setiap kali musim perayaan, termasuklah di Aidil Fitri. Kudapan ringan ini  bukan hanya sedap, rangup tetapi ia juga kaya isian pelbagai jenis coklat. Tidak hairanlah jika cookies berasaskan coklat menjadi pilihan ramai setiap kali raya dan tak pernah jemu dimakan.

SNOW ALMOND COOKIES

 BAHAN A:

  • 260gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50gm serbuk badam

BAHAN B:

  • 300 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung

BAHAN C:

  • Coklat masakan | cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih | untuk menyalut

CARA MEMASAK:

  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yang telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

 

BLACK & WHITE COOKIES

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 250gm mentega
  • 160gm gula perang
  • 100gm gula kastor

B:

  • 2 biji telur | saiz B
  • 1 sudu teh esen vanila

C:

  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 60gm serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam

D:

  • White chocolate chips

CARA MEMASAK:

  1. Pukul bahan A hingga sebati.
  2. Campurkan bahan B dan pastikan telur betul-betul sebati.
  3. Ayak bahan C, kemudian campurkan bahan D ke dalam C.
  4. Campurkan bahan A dan B ke dalam bahan C dan D.
  5. Gaul menggunakan tangan sahaja.
  6. Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  7. Bentukkan bulat dan susun dalam dulang pembakar.
  8. Masukkan dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 150 C selama 25-30 minit.

RICH CHOCOLATE CHIP DROP

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 100gm mentega
  • 25gm Crisco
  • 1 biji kuning telur
  • 110gm gula perang
  • 1/4 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan susu pekat manis

B:

  • 1/8 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 50gm chocolate chips
  • 50gm badam cincang
  • 25gm queker oat
  • 1/2 sudu makan kelapa kering

C:

  • 113gm tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan A, kacau sebati.
  2. Masukkan bahan B, gaul rata.
  3. Masukkan bahan C, adun rata hingga menjadi doh lembut.
  4. Sudukan dalam dulang pembakar.
  5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  6. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 280 gm mentega
  • 80gm gula kastor
  • 80gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh butter flavour

B:

  • 1 biji telur | gred B
  • 1 biji telur kuning | gred B
  • 30ml susu UHT

C:

  • 350gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 8gm serbok koko

D:

  • 200gm chocolate chips
  • 60gm oat | panggang seketika
  • 40gm kepingan badam | panggang seketika
  • 40gm cornflaks | kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Pukul bahan A sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu dan susu, pukul lagi hingga sebatu.
  3. Masukkan bahan C, gaul rata.
  4. Kemudian masukkan bahan D, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  5. Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  7. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

OATMEAL CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 250gm mentega
  • 250gm gula pasir
  • 200gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

B:

  • 250gm tepung Red Rose
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam

C:

  • 200gm oatmeal
  • 200gm chocolate chips
  • 100gm coklat masak | cincang kasar
  • 100gm badam cincang | dibakar seketika
  • 50gm walnut | dibakar seketika

CARA MEMASAK:

  1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu, putar hingga sekata.
  3. Satukan bahan B di dalam mangkuk.
  4. Satukan juga bahan C, kemudian campurkan dengan bahan B.
  5. Gaul rata, dan tambahkan dengan bahan A, gaul rata menjadi doh lembut.
  6. Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
  7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

 

CHOCOLATE CHIP NUTTY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 115gm mentega
  • 50gm gula kastor
  • 70gm gula perang
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

B:

  • 115gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh  serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam

C:

  • 90gm queker oat | kisar
  • 170gm chocolate chips
  • 125gm coklat masak | diparut
  • 85gm Hazelnut | bakar dan cincang

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan telur, kacau dan tambah dengan esen vanilla.
  3. Campurkan bahan B yang diayak bersama dengan bahan C.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan ini ke dalam bahan A.
  5. Terus adun hingga menjadi doh lembut.
  6. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat, letakkan di atas dulang pembakar.
  7. Tekan bahagian atas dengan garpu sebelum dimasukkan dalam ketuhar.
  8. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  9. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

 

COKLAT CHIP WALNUT

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 120gm mentega
  • 80gm gula kastor
  • 70gm telur
  • 1/2 sudu teh  esen vanila

B:

  • 190gm tepung gandum
  • 10gm nestum
  • 6gm serbuk penaik
  • 1gm soda bikarbonat
  • 1/8 emplex

C:

  • 120gm chocolate chips
  • 60gm walnut | bakar dan cincang halus

CARA MEMASAK:

  1. Putar semua bahan A hingga rata dan kembang.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan pula bahan C.
  4. Adun rata menjadi doh lembut
  5. Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
  6. Susun atas dulang pembakar dan tekan atas doh dengan garpu.
  7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

DELUXE CHOCOLATE CHIP

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 125gm mentega
  • 1/2 biji kuning telur
  • 1/2 sudu makan susu pekat manis
  • 65gm gula perang
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1 sudu makan kelapa kering

B:

  • 30gm rolled oat
  • 30gm kepingan badam
  • 60gm chocolate chips
  • 115gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk koko

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega bersama gula, telur, susu pekat manis, garam. Kacau rata.
  2. Seterusnya masukkan serbuk penaik, serbuk koko dan esen vanila, kacau lagi.
  3. Masukkan badam, rolled oat, kelapa kering. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan chocolate chips. Gaul lagi.
  5. Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
  6. Susun atas dulang pembakar, dan tekan atas doh dengan garpu.
  7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  8. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

RED PEAR COOKIES
BAHAN-BAHAN:

A:

  • 300gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur

B:

  • 300 gm tepung red rose

C:

  • 50gm badam cincang
  • 100gm chocolate chips
  • 100gm cornflaks

HIASAN:

  • Hirisan ceri

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega bersama gula dan hingga rata.
  2. Seterusnya campurkan bahan C, gaul rata.
  3. Campurkan bahan B dan C, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  4. Sudukan doh ke atas dulang pembakar.
  5. Letakkan di atasnya hirisan buah ceri.
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
  7. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.