Lepas makan terus tidur adalah tindakan yang kurang bijak. Pernah tak lepas makan, bila tidur perut rasa sebu dan anda tak boleh nak tidur nyenyak. Ini kerana makanan tu belum hadam.
Jika anda mahu lalui gaya hidup sihat, anda seharusnya ambil tahu bahawa ada beberapa makanan tertentu kena dielakkan apabila menghampiri waktu tidur malam. Terutamanya yang tinggi karbohidrat dan gula. Memakannya boleh menjejaskan kualiti tidur anda.
1. COKLAT DAN MAKANAN BERCOKLAT
Foto : paleoglutenfree.com
Selain kopi yang mengandungi kafein, coklat juga ada kandungan kafein. Seperti yang kita tahu kafein boleh menghilangkan rasa mengantuk. Jadi memakan coklat atau makanan yang mengandungi coklat atau koko seperti kek, muffin, brownies akan menyebabkan anda berjaga malam dan sukar tidur
2.KEKACANG DAN BIJIAN
Foto : what2eat.tv
Memakan kacang seperti pistachio, kacang tanah, kuaci sebagai kudapan tengah malam patut dielakkan. Ini kerana makanan ini memberikan tenaga, yang boleh menyebabkan anda rasa ingin terus berjaga malam dan tidak lena tidur.
Ads
3. KEREPEK
Foto ; recipes.sparkpeople.com
Sedikit kerepek makanan ringan okay aje.Tapi usah makan lebihm kerana ia kaya dengan lemak yang boleh menyebabkan anda terjaga malam. Ini kerana tubuh memerlukan masa eksta untuk menghadamkannya yang mungkin menyebabkan anda tak boleh tidur.
4. LOBAK MERAH
Foto : premierseedsdirect.com
Lobak merak adalah sayuran yang mengambil masa atau lambat hadam. Memakannya sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran tidur.
Ads
5. MAKANAN BERGORENG
Foto : shoutyourmouth.com
Ini termasuklah French fries, gegelang bawang, ikan goreng, nuggets,usah dimakan selepas jam 9 malam iaitu sewaktu hampir waktu tidur.Makanan berminyak ni tak sesuai dimakan sebelum tidur.
6.DAGING @ STEAK
Foto : delish.com
Sajian daging dan steak daging elokkan dielakkan ketika menghampiri waktu tidur Protein pada daging tidak mudah dihadamkan sehinggakan ia memerlukan waktu untuk mengurai yang memaksa sistem penghadaman untuk bekerja lebih masa
Ads
7. BROKOLI
Foto : bisnesukm.com
Kandungan fiber atau serat yang tinggi dalam brokoli boleh menyebabkan anda tak rasa mengantuk jika dimakan sejenak sebelum tidur. Makanlah di waktu siang , atau tidak menghampiri waktu tidur anda.
8. MAKANAN BERGULA
Foto : weekendnotes.com
Pelbagai makanan manis seperti bijirin, gula-gula, halwa, macaroon dan manisan lain tidak disarankan kerana ia boleh meningkatkan gula darah. Peningkatan gula darah ini boleh menyebabkan kualiti tidur terganggu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Barli rebus memang sejak dahulu kita amalkan bila demam atau panas badan. Tapi khasiatnya bukan sekadar itu saja.
Barli kaya dengan serat dan nutrisi yang bagus untuk kesihatan dalaman yang membantu menurunkan kolesterol, lancarkan sistem pencernaan, stabilkan gula dalam darah dan elakkan sembelit. Sebab itu minuman jadi pilihan untuk jaga kesihatan, bukan masa sakit saja.
Cuma kalau nak rebus barli setiap kali teringin minum, memang makan masa. Nak jimat masa, boleh ikut cara simpan air barli seperti di bawah. Senang, tahan lama dan bila-bila nak minum terus capai saja dari peti ais.
Cara Buat Stok Barli Rebus Simpan Dalam Peti
-Rebus satu cawan barli bersama tiga cawan air. Guna api perlahan, biarkan barli masak sampai lembut dan air jadi sedikit pekat.
-Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya. Kemudian masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
-Setiap kali nak minum, ambil dua sudu besar barli tadi, campur dengan satu gelas air panas mendidih. Biarkan lebih kurang 30 minit sebelum diminum. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
-Sebaiknya jangan tambah gula supaya lebih sihat. Sebelum rebus, basuh barli sekejap untuk bersihkan kotoran.
TIP
Barli yang disimpan kaedah ini tahan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat hari. Kalau nak buat lebih, boleh simpan dalam bekas kecil supaya mudah nak ambil bila perlu.
Boleh tambah lemon atau daun pudina masa nak bancuh untuk rasa lebih segar dan sedap.
Minuman simple macam barli ni memang banyak kelebihan, jimat masa, jaga kesihatan dan mudah diamalkan setiap hari.
Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang. Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dari segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dengan daun bawang. Kalau nak tau perbezaannya, korang boleh baca info berikut:-
Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:
Walaupun kedua jenis daun ini dalam keluarga yang sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana ia dicabut seperti bawang dan dijual dengan akar sekali sama seperti bawang. Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dari pangkal pokok sebelum dijual.
Bentuk Fizikal & Warna:
Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat, panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yang lebih nipis pandat hampir sama dengan rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.
Rasa & Bau:
Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dalam makanan dan dimakan. Sementara daun kucai aromanya hampir sama dengan bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.
Fungsi Dalam Masakan:
Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap rasa dalam makanan, seperti dimasukkan dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dalam makanan, seperti campuran dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sebagai pelengkap makanan, kedua-duanya boleh digunakan dan boleh digantikan antara satu sama lain.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!