Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu gagal untuk dapatkan hasil yang dikehendaki. Bagi yang dah biasa, mungkin tiada masalah namun bagi yang baru belajar memasak, pasti ia merupakan cabaran yang besar. Ada je masalah bihun keras, bihun lembik macam bubur lah, tawar lah. Memang macam-macam. Jangan risau sebab panduan di bawah ini boleh membantu anda masak bihun goreng dengan sempurna. Jom lihat cara-caranya.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun.
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
2. Rendam Dengan Air Biasa.
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
Ads
3. Jangan Banjirkan Kuali. Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur. Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut. Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
Ads
5. Tambah Garam, Gula. Jangan Biar Tawar .
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
Ads
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
Ha…dah tahu kan petua-petuanya? Jadi bolehlah cuba ya. Selamat berjaya!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Adik-adik tentu pernah dengar nama Chef Selebriti yang jelita, Anis Nabilah tu kan. Dia adalah di antara graduan lepasan FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM atau Institut Makanan Malaysia). Haah siapa belajar di sini berpeluang belajar di bawah bimbingan pensyarah yang mahir dan berkelayakan.Bukan Anis aje malah dah ribuan pelajarnya berjaya dalam industri kulinari tau.
Dah ada sejak Januari 1998 lagi. Kalau adik-adik pelajar belajar di sini kemudahannya sungguh lengkap. Ada kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber.
Yang bestnya FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara.
FIM mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 31hb Januari 2003 sejak itu FIM telah menghasilkan lebih dari 8,000 ribu graduan sejak ditubuhkan.
Di antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah :
Diploma Seni Kulinari
Diploma Pastri dan Bakeri
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Kursus-Kursus Jangka Pendek
Semua kursus diploma telah mendapat akreditasi penuh MQA.
Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar, peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik , memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaanng menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya FIM ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian tinggi di sini. Yurannya juga sangat berpatutan dengan pendidikan berkualiti.
Graduan FIM sudah mencapai kejayaan bekerja di hotel-hotel, restoran dan resort terkemuka. menjadi pensyarah di IPTS lain, hospital, Chef Selebriti dan menjadi usahawan industri makanan.
Menjadi inspirasi FIM untuk menjadi institut seni kulinariterbaik, Bagi mencapai inspirasi ini ia terus memperkasakan kecemerlangan dan kemajuan yang dicapai secara berterusan agar institut ini menyerlah di dalam dan luar negara. Cubalah memohon belajar di sini.
Nama institusi : Food Institute of Malaysia (FIM)
Alamat : 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, Petaling Jaya, Selangor
Maklumat lanjut : http://www.fim.edu.my/
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR TERKINI, BOLEH LAYARI DI SINI.
Anda stress? Jangan biarkan ia berlarutan sehingga memakan diri, menganggu pekerjaan serta rutin harian. Dari terus derita, cuba tip paling mudah untuk tangani masalah ini. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengamalkan lapan makanan ini. Antara makanan-makanan yang bagus diambil dikala stress ialah:
1. Madu
Madu mengandung tryptophan yang tinggi. Ia mampu mengurangkan rasa cemas dan melancarkan saraf Anda. Caranya ialah anda disarankan menambah satu sudu makan madu dalam yogurt sebagai sarapan atau oleskan madu pada roti bakar. Hidangan ini mampu menjadi permulaan pagi lebih baik sebelum memulakan rutin harian anda.
2. Susu Panas
Susu juga mengandung tryptophan dan kalsium yang memberikan ketenangan. Anda boleh ambil segelas susu sebagai minuman atau campuran dalam cereal pagi anda.
3. Green Tea
Green tea atau teh hijau sarat dengan L-theanine, bahan kimia untuk menghilangkan stres dan mendorong rasa tenang. Minum secawan teh hijau tanpa kafein sebelum tidur menjadi cara terbaik untuk releksasi fizikal dan mental setelah seharian dengan rutin yang penuh tekanan.
4. Coklat
Coklat mempunyai banyak manfaat terutama bagi perawatan diri. Dark chocolate boleh membantu mengurangkan kadar stress dalam badan. Mengambil coklat juga membantu menstabilkan metabolisme.
5. Air Kelapa
Kajian yang dilakukan oleh Columbia University pada 2010 mendapati orang yang minum air dan makan isi kelapa boleh membantu menurunkan tekanan darah. Oleh itu anda mungkin boleh memasukkan parutan kelapa muda dalam smoothie untuk sarapan atau minum air kelapa muda disaat stress.
6. Pisang
Pisang mengandung dua bahan kimia yang mampu merehatkan otot iaitu potasium dan magnesium. Ini adalah alasan mengapa pisang menjadi makanan para atlet selepas bersukan. Buah ini juga mengandung tryptophan yang membantu tubuh untuk rileks.
7. Beras Merah
Menurut Good Relaxation, dan mengendurkan saraf otak dan membantu menghasilkan hormon rileks, seperti serotonin dan melatonin.
8. Sayuran Hijau
Sayuran hijau dan berdaun, seperti bayam dan kangkung mengandung folat yang menjadi vitamin bagi tubuh utnuk membantu menghasilkan dopamin, sejenis bahan kimia dalam otak yang merangsang rasa nyaman. Satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Affective Disorders pada 2012 menyatakan orang yang melakukan diet tinggi folat kurang gejala depresi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Anggur
2 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking soda
CARA-CARA:
1. Tanggalkan buah anggur dari tangkai dan masukkan buah ke dalam bekas yang bersesuaian. Basuh buah dengan melalukan air dan tapis.
2. Taburkan garam dan baking soda hingga rata.
3. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan lilim.
4. Bilas buah anggur anda dengan air bersih sehingga hilang kesan garam dan baking soda. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
sumber: naturesnurtureblog.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!