Lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
PETUA HALAU LALAT DARI RUMAH
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
Ads
2. Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
Ads
4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
Ads
5. Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Penggunaan lengkuas dalam masakan selalunya sedikit saja, hanya beberapa hiris. Tapi biasanya kita akan beli seketul besar. Selebihnya simpan dan selalu jadi sampai kecut dan tak boleh digunakan lagi. Membazir pula.
Supaya tak jadi lagi pembaziran lengkuas ini, elok kita praktikkan cara simpan yang betul agar lengkuas yang seketul itu tahan berbulan-bulan lamanya. Caranya dikongsi oleh Faizah Husain.
Petua simpan lengkuas agar tahan berbulan bulan
Lengkuas kegunaannya agak jarang juga tapi kalau tiada lengkuas tak sedap singgang dan rendang. Bau lengkuas kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual di kedai biasanya seketul besar. Nak guna 5 atau 6 hiris saja. Jadi selebihnya simpan ikut cara ini.
1. Basuh kesan-kesan tanah terlebih dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Kemudian keluarkan dari peti beku dan terus masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat sebelum lengkuas berair.
Tujuan dibekukan supaya bila nak ambil untuk masuk dalam masakan lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3-4 keping saja.
4. Simpan semula dalam peti beku. Cara ini lengkuas tahan selamanya jika tak digunakan untuk memasak. Lebih mudah berbanding cara rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Pasti ramai menyukai terung kerana buah ini boleh dipelbagaikan jenis masakan, ia boleh dijadikan bahan campuran dalam gulai, sambal mahupun pajeri, semuanya sedap. Tapi tahukan ada bagaimana cara memilih, menyimpan dan memasak terung dengan cara yang betul kerana terung ada pelbagai jenis dan bentuk. Jawapannya anda kena baca info berikut:
PILIH YANG SEGAR
Perkara pertama bila anda ingin membeli terung pastikan kulitnya cerah berkilat dan tidak calar atau kesan-kesan hitam. Elakkan membeli terung yang telah kusam warna dan ada tanda kecut.
SIMPAN DI TEMPAT KERING
Disebabkan terung adalah lembut sifatnya, jangan simpan terlalu lama, paling lama sebaiknya tidak lebih dari tiga hari. Simpannya di tempat kering dan elakkan dari menyimpan terung di dalam peti sejuk atau terdedah di tempat panas atau disimpan dalam plastik yang berikat, hal ini menyebabkan terung cepat busuk.
PELBAGAIKAN CARA MEMASAK
Umumnya terung boleh dipelbagaikan cara memasak, boleh saja dengan cara Dipanggang, rebus, atau digoreng. Sebaiknya dalam apa cara memasak, terung yang segar , rasanya lebih sedap berbanding terung yang sudah lama disimpan.
Diharapkan dengan tip ini, dapat membantu anda memilih terung, kemudian menyimpannya dengan cara yang betul sebelum dimasak dengan menu kegemaran anda dan keluarga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!