Tak sah kalau tiada hidangan telur ketika makan. Selain Telur Dadar biasa, ada pelbagai lagi olahan telur yang boleh menjadi sajian yang cukup lazat. Menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Kos pun murah, tak perlu duduk dapur lama-lama. Jom cuba aneka resipi ini.
1. TELUR GULUNG
Bahan-bahan:
4 biji telur (nak guna 2@3 biji pun boleh)
2 biji cili besar merah *
Sedikit daun bawang *
Sedikit daun sup *
Lobak merah *
Serbuk perasa
Garam
Cara Memasak:
Cincang halus atau potong dadu bahan-bahan bertanda *.
Masukkan telur, serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh masak.
Bila dah siap, boleh potong ikut suka. Siap dan boleh dimakan.
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya
Cara Memasak:
Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
Tambahkan sedikit garam.
Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
Kredit resipi: Azlan Rumadi
Ads
3. TELUR DADAR DAGING GULUNG
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada putih
50ml santan
1 batang daun bawang | dihiris halus
50gm daging kisar
50gm sayur buncis | dihiris halus
1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar
Garam secukup rasa
Minyak
Cara Masak Isi Telur Dadar:
Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna.
Kemudian diangkat dan ketepikan.
Cara Masak Kulit Telur Dadar Gulung:
Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati.
Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan.
Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna
Dadar gulung telur siap di sajikan
Di anggarkan 5 buah dadar gulung
Kredit resipi: giladonut
4. MUFFIN TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi)
1 biji tomato yang dipotong dadu
Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah
1/2 cawan keju cheddar
Acuan muffin
Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Oleskan acuan muffin dengan butter
Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang
Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.
Bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Siap… mudah dan ringkas!
Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – ½ cawan
Cara Memasak:
Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis. Grill ikan salmon. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan. Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak .
Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan, gunakan api dapur saiz kecil atau sederhana.
Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar, tutup semula frying pan.
Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak .
Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan.
Nasi dagang sememangnya ada ramai peminat. Hidangan yang berasal dari negeri Pantai Timur ini agak unik kerana ia tidak dimasak seperti nasi biasa. Ia perlu dikukus berkali-kali dan diadun dengan ramuan tertentu. Sangat enak dinikmati bersama Gulai Ikan Tongkol, Gulai Telur Rebus dan acar jelatah.
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras nasi dagang | direndam
500ml santan pekat
500ml santan cair
5 biji bawang merah | dihiris halus
2.5sm halia | dihiris halus
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Toskan kedua beras yang direndam dan kukus selama 30 minit.
Apabila separa masak, tuangkan santan cair dan gaulkan rata.
Kemudian kukus semula nasi dan biarkan hingga masak.
Apabila nasi sudah masak, masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia serta garam secukup rasa.
Gaulkan nasi rata dan tutup apinya. Sedia dinikmati bersama gulai ikan tongkol dan acar timun.
Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang.
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus
CARA-CARA:
Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
Kukus dalam 4@5 minit.
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
CARA-CARA:
Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
Padamkan api.
Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Puding merupakan antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia. Memang sedap puding ni bila dimakan sejuk-sejuk kan? Buat anda yang suka makan puding, kami kongsikan 19 resipi yang boleh anda cuba hujung minggu ini. Selamat mencuba!
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....