Cuti panjang hujung minggu ni  sempena sambutan Tahun Baru Cina, Apa kata anda manfaat cuti ke dapur untuk mencuba satu dua resipi yang  RASA kongsikan dari Scence Chinese Restaurant, Swiss Garden Hotel & Residences, KL Percayalah memang sedap dan berbaloi cuba sebagai hidangan seisi keluarga bila ahli keluarga semua berkumpul.

6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !

 CHILLED BAKED FISH BELLY WITH SALAD

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm Dried Fish Maw | hiris kecil
  • 30gm bawang Holland | hiris
  • 30gm Chinese Parsley |hiris
  • 10gm cili merah | hiris
  • 10gm cili padi | hiris
  • 20gm  daun bawang | hiris
  • 50gm sos cili Thai
  • 10gm serbuk pati limau nipis
  • 10gm sos ikan Thai
  • 20gm salad Iceberg Lettuce | hiris
  • 10gm  bunga kantan | hiris
  • 10gm hirisan jeruk bawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goring dried fish Maw hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Campurkan hirisan bawang Holland, cili merah, cili padi bawang jeruk dan  bunga kantan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Seterusnya campurkan sos cili Thai, sos ikan Thai bersama serbuk pati limau nipis di dalam campuran bahan hirisan tadi dan gaul rata.
  4. Akhir sekali, hidangkan bersama hirisan salad Iceberg Lettuce, daun bawang dan Chinese Parsley.
  5. Terus hidangkan untuk mendapatkan keranggupan.

 6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !

DEEP-FRIED CRISPY SOFT SHELL CRAB

BAHAN-BAHAN:

  • 2  ekor ketam cengkerang lembut | bersih & toskan
  • 1 biji telur
  • 15gm tepung beras
  • 10gm tepung Ting Meng
  • 0.5gm tepung kanji kentang Hong Kong
  • 20gm bawang besar | hiris
  • 10gm daun  Chinese Parsley  |hiris
  • 10gm salad Iceberg Lettuce | hiris
  • 30 gm timun | hiris
  • 30gm lobak merah | hiris
  • 10gm daun bawang | hiris
  • 0.5gm cili merah | hiris
  • Sedikit hirisan bunga kantan
  • 0.5gm  pati serbuk limau nipis | hiris
  • 20gm sos  cili manis Thai
  • 0.5gm  sos ikan Thai

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Campurkan tepung beras, tepung Ting Meng, tepung kanji kentang bersama sedikit lada sulah dan garam. Gaul rata.
  2. Masukkan telur yang telah dikacau dan tambahkan sedikit air. Kacau rata menjadi bancuhan pekat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali di atas api sederhana.
  4. Celupkan ketam dalam bancuhan tepung, kemudian goreng ketam hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  5. Campurkan hirisan bawang, cili merah, bunga kantan, timun dan lobak merah, gaul rata.
  6. Seterusnya, masukkan sos cili Thai,sos ikan Thai dan serbuk pati limau nipis di dalamnya, gaul rata lagi.
  7. Kemudian campurkan hirisan salad Iceberg Lettuce dan Chinese Parsley. Gaul lagi.
  8. Akhir sekali masukkan dalam pinggan dan hidangkan bersama ketam goreng tadi.

6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !

CREAMY COCONUT PRAWN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm undang putih | bersihkan
  • 10gm daun kari | leraikan dari tangkai
  • 5gm cili padi | hiris halus
  • 20gm kelapa parut
  • 2  biji telur
  • 15gm susu sejat
  • 30gm mentega
  • 20gm salad Iceberg Lettuce
  • 5gm  pati serbuk ikan

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pecahkan telur, tambahkan susu sejat dan sedikit garam, gaul rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Gaulkan udang dalam bancuhan telur, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Mengunakan kuali lain, tumiskan daun kari, cili padi dan kelapa parut hingga wangi.
  5. Masukkan udang, dan perasakan dengan serbuk pati ikan.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan salad Iceberg Lettuce

6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !

SZECHUAN  MAPO TOFU POT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket tauhu Jepun
  • 100gm isi ayam cincang
  • 10gm Hong Kong Starch
  • 10gm cili benggala hijau
  • 10gm cili benggala kuning
  • 10gm cili benggala merah
  • 50gm pes cili
  • 30gm cuka
  • 50gm gula
  • 10gm serbuk ikan
  • 20gm  kanji kentang Hong Kong
  • 10gm pes cili
  • 10gm sos tiram
  • 5gm kicap

CARA MEMASAK:

  1. Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
  2. Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
  5. Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
  7. Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
  8. Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.

6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !.

IKLAN

STEAMED FISH WITH CHAOZHOU STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana & bersihkan.
  • 150gm sawi jeruk | hiris halus
  • 100 tomato | hiris
  • 50gm halia muda | hiris halus
  • 100gm Bai Ling mushroom | hiris nipis
  • 50gm cili padi | hiris
  • 100gm isi ayam | cincang
  • 1 keping  tauhu lembut | hiris
  • 30gm sos plum
  • 20gm bawang besar | hiris
  • 20gm Chiniese Parsly | hiris
  • 10gm lobak merah |hiris
  • 20gm minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Kukus ikan hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan halia dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan sawi jeruk, cendawan Bai Ling, isi ayam cincang hirisan lobak merah, tomato dan tauhu.
  4. Seterusnya masukkan sedikit kuah sup ayam dan perasakan dengan sos plum dan perasa secukupnya. Biarkan kuah mereneh seketika.
  5. Setelah secukup rasa, tutup api dan tuangkan kuah di atas ikan kukus tadi.
  6. Ikan kukus sedia dihidangkan.

6 Chinese Food Super Sedap,  Wajib Cuba !

DEEP FRIED MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm cendawan tiram| bersihkan
  • 40gm kuning telur
  • 5gm serbuk perasa ayam
  • 10gm gula
  • 100gm metenga
  • 100gm tepung gandum
  • 60gm air

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati.
  2. Celup cendawan satu persatu ke dalam adunan tadi.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
  4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
  5. Masukkan cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan kacau sekata.
  6. Hidangkan ketika panas.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI