
Mempunyai keluarga besar pastinya banyak komitmen yang perlu diperuntukkan buat keluarga.Bertemu dengan pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam sempat bertanya dengan beliau tentang kehidupan mempunyai anak yang ramai.
“Tidak dinafikan perbelanjaan agak besar. Anak sahaja dah 9 orang termasuk suami dan saya dah 11 orang.Ditambah lagi dengan pembantu, beras 50kg tak mencukupi tu actually memang tak boleh nak larilah. Masing-masing mempunyai selera makan yang banyak,” akuinya.
Disoal mengenai harga barangan terkini, Rebecca akui semua orang tidak akan terlepas daripada berdepan dengan masalah tersebut.Bagaimanapun, mereka seharusnya meneruskan kehidupan tanpa mengeluh, sebaliknya terus berusaha mencari rezeki agar dapat memastikan segala keperluan dan kehendak dapat dicapai lebih-lebih ahli keluarga.
“Kita ni rakyat biasa, rakyat jelata, nak cakap macam mana pasal harga barang. Namun hidup perlu diteruskan. Setiap orang perlu mencari rezeki di mana tidak hanya melakukan hanya satu pekerjaan yang boleh mendatangkan duit, itu sebabnya saya bekerja kuat.Sekurang-kurangnya apa yang anak-anak mahukan dan saya perlukan, boleh dapatkannya,ceritanya.
@rasa.my Datin Rebecca pun terkesan dengan harga barang naik. Beras 50kg pun tak sampai 2 minggu dah habis! #fyp #majalahrasa #rasashare #beras #datinrebeccanurislam ♬ Chill Vibes – Tollan Kim
Tambah Rebecca cakap orang dia enggan ambil kisah, apa yang lebih penting memberi tumpuan pada kehidupan sendiri.“ Tidak dinafikan saya seorang yang kuat bekerja. Sebokkan diri dengan kerjaya, anak-anak dan suami, sudah cukup membuat saya bahagia”akhiri bicara.
Kredit: instagram Datin Rebecca
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ratu Cheese Maker Satu-satunya Keju Buatan Malaysia

Terkenal sebagai cheesemaker Annisa Iwan menyediakan keju berkualiti tinggi yang boleh dibuat di sini di Kuala Lumpur. Lebih daripada sekadar sesuatu yang baru, Annisa berusia 41 tahun telah membuat keju dari rumahnya dan menjualnya di pasar tani di bawah jenama Milky Whey Cheese. Menggabungkan budaya asing, rennet yang diimport dan susu yang berasal dari ladang-ladang tempatan, dia telah berjaya mencipta pelbagai keju, dari mozarella ringan dan lembut ke keju yang lebih sengit seperti Tommes dan Tilsit. Selain daripada menjual keju, dia juga menjalankan kelas membuat keju untuk mereka yang ingin mengetahui lebih banyak tentang pembuatan keju.

https://www.facebook.com/BFMradio/videos/10155943034882042/
Sumber: BFM Radio – The Business Station /Milky Whey Cheese
Tahirah Kamaruddin…Dari Arkitek Kini Usahawan Restoran. Dalam Pada Berniaga Boleh Lagi Sedia Khidmat Juru Mekap

Wanita ayu ini memang luar biasa. Sentiasa melangkah maju, melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran.
Dulunya dia tiada pengalaman dalam bidang kulinari atau F & B, namun minatnya dalam perniagaaan menyebabkan dia kini cukup ‘masak’ dalam selok belok bisnes kini. Bukan sekadar mengusaha restoran , Tahirah Kamaruddin juga turut melengkapi dirinya dengan ilmu memasak. Kepakarannya pastilah sajian Thai yang menjadi sajian utama di restoran ini.
Nak tahu latar ‘tokeh’ restoran ni, Tahirah adalah bekas graduan Leed University berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) ‘Architecture Technology ‘ ini dahulunya seorang arkitek di England. Dia sempat menggunakan ilmu yang diraihnya dengan bekerja sebagai Arkitek (Architect Technician) selama tiga tahun di sana.
Namun apabila berlaku kemelesetan ekonomi di England pada tahun 2008-2009, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air. Lalu, mengusahakan Restoran Jemari yang diasaskan oleh bapanya Dr Kamaruddin Ahmad dan ibunya Wan Zaharah Takiman. Tahirah kemudiannya menggalas tanggungjawab mengusahakan cawangan terbaru Restoran Jemari di Shah Alam pada 2011.
Sejak itu wanita cantik ini tidak menoleh ke belakang lagi. Jiwanya memang jiwa berniaga, seperti kata ungkapan Inggeris “It flows in the blood”.

Lebih ‘mengagumkan’ dia juga memiliki ilmu solekan yang dipelajarinya dari juru mekap handalan popular Erin Leola dan Shazreeyana Shukri.Dalam berniaga Tahirah tetap mengambil tempahan solekan untuk majlis perkahwinan dan acara. Pengalaman manisnya apabila pernah menyolek artis Sherry Ibrahim, Nora Danish, Nabila Razali untuk penggambaran media dan klip video.

Dia juga hebat memasak tom yam dan kerabu kangkung yang menjadi sebutan pelanggan Restoran Jemari. Nah ,di sini Tahirah berkongsi salah satu resipi untuk ‘follower’ RASA, sajian bercili Ayam Phad Khrao Pao. Hebatkan wanita ini,jom cuba resipi yang disumbangkannya.
Phad Kra Phao Gai (Ayam Phad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah |ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak |untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
TIP DARI TAHIRAH : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
Resipi Ketam Mentega Special Dan Patin Tempoyak Air Tangan Datin Maria Memang Terbukti Sedap.

PENYELARAS: SHIDA YASIN FOTO: MOHD HAFIZ ADNAN
Melalui perbualan telefon beberapa kali, penulis dapat mengagak Datin Maria Abdullah seorang personaliti yang mudah didekati, ramah, mesra dan ceria. Penulis rasa berbesar hati bila beliau tidak keberatan meluangkan sedikit masa dari kesibukan rutin harian untuk bagi menyediakan dua respi istimewa yang menjadi kegemaran suami Dato’ Noorazman dan putera tunggal Muhammad Emman.
Tiba hari temujanji dan kami sampai di kediaman Datin Maria, pembantu rumahnya menjemput kami masuk. Sambil beriringan masuk dia memberitahu majikannya, Datin Maria kurang sihat. Perkabaran itu menjadikan penulis berasa gusar dan bersalah. Sejurus menunggu di ruang tamu, Datin Maria muncul dengan wajah ceria sambil bertanya khabar. Beliau kemudian mengakui kurang sihat dan baru pulang dari berjumpa doktor, tetapi tidak menjadi halangan kepada beliau untuk menyediakan masakan untuk dikongsikan bersama majalah Rasa.
“Semua bahan sudah saya beli dan siapkan tinggal masak sahaja sekejap lagi. Lagi pun resipi yang saya akan masak petang ini adalah resipi mudah, iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ketam Mentega. Kedua-dua resipi ini ringkas dan senang disediakan. Ketam Mentega bukan hanya disukai oleh suami dan anak. Sanak saudara atau rakan-rakan bila mereka datang, menu ini juga akan minta saya masak . Saya tidak tahu apa tarikannya sehingga semua mereka suka, sedangkan resipi sama saja,” ujar Datin Maria tertawa.
BAHAN-BAHAN SEGAR
Selesai di ruang tamu, kami meneruskan agenda kedua di ruang dapur. Sebaik masuk ke dapur melihatkan bahan-bahan yang sudah tersedia dalam keadaan segar. Menyebabkan kami rasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang akan dimasak oleh Datin Maria.
Melihat ketam dan ikan patin yang masih segar. Terdetik di hati penulis, mungkin inilah rahsia kenapa Patin Masak Tempoyak dan Ketam Mentega yang dimasak oleh Datin Maria disukai suami, anak dan tetamu yang yang menjamu selera di kediaman beliau. Benar bagai yang diagak, Datin Maria memberitahu untuk hidangan yang ingin dimasak dan dikongsikan dengan kami, beliau telah mendapatkan patin segar dari Sungai Pahang dan Ketam segar dari Sri Langka khabarnya.
“Kalau bahan segar dan berkualiti, kita masak ringkas pun hasilnya mesti sedap. Saya sangat teruja dan seronok memasak bila dapat bahan-bahan segar,” cerita Datin Maria sambil sibuk memotong bahan sayur sampingan yang akan dimasukkan bersama dalam masakan Patin Masak Tempoyaknya.
Ceritanya lagi, ada pelbagai versi Masak Tempoyak Patin di Malaysia, ia bergantung pada tempat dan selera orang yang memakannya. Tetapi kalau orang Pahang masak, selain tempoyak, bahan yang digunakan hanya kunyit hidup, cili padi, daun kesum. Kalau ada dan jika suka, boleh masukkan bunga kantan sebagai penambah rasa.
Melihatkan cara Datin Maria memasak Patin Masak Tempoyak sangat mudah, aroma bau dari masak tempoyak sungguh menggoda selera. Ditambah pula dengan hidangan Ketam Mentega yang masih panas di dalam kuali sebelah periuk Patin Masak Tempoyak. Benar seperti kata Datin Maria, bila seseorang itu pandai memasak dan selalu di dapur, resipi hanya sebagai panduan dan asas memasak. Untuk menyedapkan dan menjadikan masakan itu menarik adalah kreativiti dan kemahiran mengolah dan menyesuaikan bahan.
“Saya sendiri bila memasak , selain mengutamakan keenakan rasa makanan yang dimasak. Saya juga suka melihat warna dalam masakan. Warna itu memberikan tarikan kepada mata dan selera orang yang akan menjamah masakan itu nanti. Sebab itu dalam Masak Tempoyak Patin, selain bahan asasnya, saya akan campurkan bahan sampingan seperti tomato, bendi, cili merah dan cili hijau,” ujar Datin Maria yang mempunyai pelbagai koleksi pinggang mangkuk yang menarik.
“Saya rasa, kebanyakan wanita yang hobinya suka memasak, secara tidak langsung dia juga mempunyai pelbagai koleksi pinggan mangkuk kerana pinggan mangkuk adalah pelengkap hidangan makanan yang dimasak oleh seseorang. Saya antara wanita yang suka menyimpan koleksi pinggan mangkuk,” ungkap Datin Maria sambil mempelawa kami menikmat hidangan yang disediakan.
My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW)
Mengakui sibuk dengan urusan perniagaan kawalan keselamatan yang diusahakan bersama suami sejak 30 tahun lepas, Kini Datin Maria baru sahaja menubuhkan sebuah syarikat baru yang dinamakan My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW). Sebuah syarikat yang menguruskan sebuah Wrestling Training Centre .
“Biarpun masih baru, MyPW sudahpun mengendalikan lima acara perlawanan gusti Peringkat Asia di Malaysia. Cetusan idea ini datangnya dari minat anak tunggal saya yang menyukai sukan gusti ini sejak usia 13 tahun lagi.
“Bagaimana pun sebagai seorang isteri dan ibu, sibuk bukan alasan untuk tidak memasak. Tetapi saya akan masak bila ada permintaan dari suami, anak atau bila ada tetamu ingin berkunjung. Kalau memasak jika tidak ada orang makan, ia akan,” ujar Datin Maria yang mempunyai pelbagai koleksi pinggan mangkuknya. Demi memastikan skill memasaknya tidak hilang, sesekali beliau akan masuk dapur untuk mencuba resipi baru dan masak masakan kegemaran suami dan anak. Atau bila ada tetamu atau sanak saudara yang ingin berkunjung di kediaman mereka.
RESIPI:
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan patin (anggaran 1kg) | bersihkan dan tos
- 20 biji cili padi (bergatung kepada tahap kepedasan)
- 3cm kunyit hidup
- 4 tanggkai daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan | belah dua
- 3 batang kacang bendi | buang tangkai dan hujungnya
- 2 biji tomato | belah empat
- 3 sudu makan tempoyak/atau ikut kepekatan kuah
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Asam keping | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk atau dikisar hingga halus.
- Kemudian campurkan bahan kisar dengan tempoyak dan gaul sebati.
- Seterusnya , lumurkan campuran tempoyak dengan cili kunyit tadi pada ikan patin. Perap sebentar seketika.
- Seterusnya masukkan ikan dalam periuk, dan tambahkan air dan masaknya di atas dapur.
- Masak hingga mendidih, kemudian tambahkan garam dan perasa secukupnya. Diikuti dengan bunga kantan, daun kesum dan kacang Bendi.
- Kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
- Sebelum tutup api masukkan buah tomato.
INFO: Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, gaulkan dengan tepung gandum dan asam jawa atau limau nipis. Kemudian cuci bersih dengan air biasa dan toskan.
KETAM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam (500gm) | potong dua
- 50gm mentega
- 5 biji cili padi | belah dua
- 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
- 250 ml susu cair
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan tepung jagung
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
- Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
- Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
- Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul seketika.
- Akhir sekali tutup api, ketam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Masak ketam jangan terlalu lama, ia akan menyebabkan rasa manisnya hilang.