5 Resipi Makanan Ringan Popular Yang Anda Boleh Hasilkan Secara Homemade.

Share

Snek pastinya menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Terdapat banyak jenis dijual di pasaran. Namun, pengambilan secara berlebihan tidak digalakkan kerana kebanyakan makanan segera sejukbeku yang dijual mengandungi kadar garam, lemak, MSG serta pengawet yang tinggi.

Untuk keluarga tercinta, anda boleh hasilkan makanan-makanan ini secara homemade. Oleh itu anda boleh mengawal kandungan bahan yang digunakan malah hasilnya juga lebih enak. Jom cuba!

1. DAGING BURGER

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul dada ayam @ daging
  • 2 ketul kentang@carrot
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh hilal @ kiup ayam
  • 1 sudu teh serbuk soda *
  • 3 sudu teh tepung gandum *
  • 2 sudu teh tepung ubi.*

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan-bahan kecuali yang bertanda ( * ).

2. Gaul sebati dan masukkan dalam bekas. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan  yang bertanda (*).

3. Masukkan adunan ke dalam acuan bulat ( yang biasanya digunakan untuk menggoreng telur ). Lapik di bawah acuan dan kukus 15-20 minit.

4. Setelah masak, sejukkan daging burger dan bolehlah dibakar atau digoreng.

Nota: jika mahu simpan frozen, lapik setiap kepingan daging dengan menggunakan plastik agar ia mudah dikeluarkan dan tidak melekat.

Kredit resipi & foto: Sabariah Hussain / Siti Fadilah Kamis

==================================================================================================

2. SOSEJ AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
  • 1 gelas air / stok ayam

* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.

Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

      

2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

5. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon

===================================================================================================

3. CHEESY BALL

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji ubi kentang
  • 1 blok keju mozarella | dipotong kiub
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji telur | dipukul

CARA MEMASAK:

1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.

2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.

4. Bulatkan adunan sebegini.

5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.

6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.

7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.

8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.

9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.

10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!

Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad

=================================================================================================

4. ONION RING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 3 biji telur | dipukul
  • Serbuk roti secukupnya
  • Bawang besar kuning ( holland) | dipotong bulat
  • Keju cheddar keping secukupnya | potong 4 memanjang & balut gulungan bawang

CARA MEMASAK:

1. Sadur gulungan bawang yang telah dibalut dengan kepingan keju bersama bancuhan tepung gandum dan tepung beras hingga rata.

   

2. Celupkan ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul.

3. Kemudian sadurkan dengan serbuk roti.

4. Seterusnya celup kembali ke dalam bancuhan telur diikuti serbuk roti. Salut hingga rata.

   

5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan berwarna kuning keemasan.

6. Angkat dan nikmati bersama sos. Memang terbaik!

Kredit resipi & foto: Hayatie Ramli 

========================================================================================= 

5. NUGGET AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300g daging ayam | dikisar halus.
  • 2 sudu teh garam
  • Oregano
  • lada sulah
  • lada hitam
  • herbes de provence (mix herbs)

CARA MEMASAK:

1. Gaul sebati semua bahan dengan isi ayam (letak semua herba ikut citarasa anda). Boleh bentukkan bulat, panjang atau ikut kesukaan masing-masing.

2. Salut adunan ayam dengan telur.

3. Kemudian salut lagi dengan bread crumb, ulangi sekali lagi.

4. Dengan api sederhana panaskan kuali dengan tuang minyak secukupnya. Goreng sampai Masak kuning keemasan. Angkat toskan Minyak.

5. Sudah siap boleh cicah dengan sos kegemaran anda.

INFO:

  1. Kalau suka boleh letak keju dalam adunan ayam tersebut.
  2. Kalau hendak frozenkan. Salut siap-siap dan letak dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Ketika simpan dalam bekas selang selikan dengan plastik supaya tidak melekat dan senang untuk diambil.

Kredit resipi & foto:  Izzat Mustaffa

 

 

IKLAN