5 Resipi Roti Telur Menu Sarapan Keluarga, Semua Sedap!

Share

Roti telur menu simple dan mudah nak sediakan untuk keluarga. Tambah pula bila ada roti yang tak habis dan hampir expired. Sesuai sangat nak buat roti telur untuk sarapan atau pun minum petang. Boleh cuba 5 resipi roti telur yang RASA kongsikan ini, selepas ni tiada lagi masalah roti terbuang kan?

ROTI TELUR GARING

Bahan-bahan:

4 biji telur

2 sudu besar planta

Serbuk lada putih

Lada hitam kasar

Mushroom seasoning

1 sudu kecil mayonis

Roti keping

Keju

Cara memasak:

1.Rebus telur dalam 4 biji.

2.Kupas kulit telur tu, masuk dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.

3.Masuk planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), mushroom seasoning, mayonaise, Gaul semua sebati.

4.Letak pada roti, letak keju sekeping, sapu planta luar roti, grill atas kuali tidak melekat. Jangan letak minyak apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing.

5.Angkat, potong tepi roti dan belah tengah, guna pisau yang tajam.

Kredit: Yatiekitchen 

ROTI TELUR BERHANTU

Bahan-bahan:

6 keping roti

Susu pekat manis

2 biji telur

Cara membuat:

1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.

2.Kacaulah bagi ia sebati

3.Celup roti.

4.Bahagi dua belah dan celup.

5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.

6.Nampak manis warnanya boleh la angkat.

Kredit: Cheyah Saripuddin

ROTI TELUR DENGAN JEM COKLAT

BAHAN-BAHAN:

Beberapa keping roti hiris (saya guna 6 keping)

Jem peanut butter/coklat

2 biji telur

Susu pekat manis

CARA PENYEDIAAN:

1.Potong roti kepada 4 bahagian.

  1. Ambil sekeping roti yang telah dipotong dan sapukan coklat atau peanut butter.
  2. Lapis lagi sekeping roti di atas roti yang ada coklat tadi. Letak sedikit susu pekat diatasnya dan letak lagi sekeping roti. Jadi, akan ada tiga lapisan roti ya.
  3. Kemudian, pecahkan telur dan gaul sebati putih dan kuning telur. Masa ni dah boleh panaskan kuali untuk menggoreng. Saya letak marjerin sedikit.
  4. Celup roti ke dalam telur.
  5. Masukkan roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali. Pastikan semua bahagian digoreng sehingga kekuningan.
  6. Siap untuk diangkat. Dan boleh terus makan.

ROTI TELUR SARDIN

BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.

Resipi oleh Zur Ain Salim dari Telegram KakiMakan Channel

ROTI TELUR BEREMPAH ALA ROTI JOHN

BAHAN-BAHAN :

*2 biji telur

*1/2 bj bawang holland

*Daun bawang

*1/2 biji cili merah/capsicum

*1 sudu kecil rempah kari daging

*1/2 sudu kecil serbuk lada hitam/sulah

*Sedikit garam

6 keping roti (terpulang jenis roti yang hendak digunakan)

Mayonis

Sos cili

Sayuran: timun, salad, tomato, coleslaw atau sebagainya.

 CARA MEMASAK:

1.Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati.

2.Sapukan sedikit minyak pada kuali.

3.Tuangkan sedikit campuran telur tadi dan letakkan sekeping roti ke atas telur. 4.Goreng seketika dan  terus angkat.

5.Kemudian boleh letakkan mayonis dan sos cili. Serta letakkan sayuran pilhan anda.

Kredit: Ellyna Abdul Aziz

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN