Lauk ayam masak merah yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja. RASA kongsikan 5 resipi Ayam Masak Merah ikut kesesuaian kamu. Selamat mencuba.

1. AYAM MASAK MERAH KENDURI

5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.

BAHAN A:

  • Ayam – dipotong
  • 1 batang serai – kisar
  • 1 hiris halia – kisar
  • 1 ulas bawang putih – kisar
  • 3/4 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh perencah Hilal
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air

BAHAN B ( KISAR):

  • 1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 ulas bawang putih

BAHAN C:

  • 2 biji cili merah – kisar
  • 1 1/2 sudip cili kisar
  • 3/4 sudu makan gula melaka hancur
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh perasa
  • Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 sudip sos cili

BAHAN D:

  • 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)
  2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili merah kisar.
  5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.
  7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.
  8. Masukkan sos cili. Kacau rata.
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.
  10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.
  11. Siap untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI: Afy Al Habibi

 

2. AYAM MASAK MERAH HUSNA

5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 1 biji bawang besar – dimayang bulat
  • 1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
  • 1 batang serai – dititik

BAHAN TUMBUK:

IKLAN
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • (bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.

3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Hazwani Ishan

3. AYAM MASAK MERAH KACANG TANAH

5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul kepak ayam saiz besar, kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*gaul rata dan perap 15 minit)
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 1 genggam kacang tanah saiz besar, dibuang kulit dan goreng 40 saat, angkat dan toskan
  • 3 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar penuh tomato puree
  • 1 camca besar penuh sos cili
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
    1/2 inci lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam hingga masak, tak perlu sampai garing, biar lembap2 saja. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan saja.
  2. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi.
    Tambah cili kisar, sos cili dan tomato puree, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan kacang tanah goreng dan ayam, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula (selalunya masak merah manis sedikit). Kacau rata.
    Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Tiffinbiru.com

 

4. AYAM MASAK MERAH WAN CHU

5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – lumur garam kunyit
  • 1/2 mangkuk kecil cili kisar – 25 tangkai cili kering
  • 1/2 mangkuk kecil cili sos Jenama kimball – guna 1/2 botol kecil
  • 2 – 2 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak – untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ibu jari halia

BAHAN LAIN SAMPINGAN:

IKLAN
  • 1 labu bawang besar hiris bulat
  • 1 tin kecil kacang peas
  • Sedikit susu cair – saya letak 1-2 sudu besar
  • 1 biji buah tomato – belah 4
  • Daun sup/daun bawang – tabur

CARA MEMASAK:

  1. Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.
  2. Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
  3. Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan masak seketika.
  4. Ayam Masak Merah Wan Chu Yang Mudah Sedap Dan Terlaris
  5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak serta berwarna cantik. Siap dan bolehlah ditutup api.

TIP:  Jika menggunakan bahan bahan lain, masukkan susu cair, kacang peas dan juga bawang besar hiris selepas dimasukkan ayam goreng. Tabur daun sup atau daun bawang, jika suka sebelum dihidangkan.

KREDIT RESIPI: Azie Kitchen

 

5. AYAM MASAK MERAH SIMPLE

5 Resipi Ayam Masak Merah Ni Setanding Masakan Nek Pah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji kentang (potong 6)
  • 1 biji bawang besar (potong 4 untuk diblend)
  • 2 ulas bawang putih (untuk diblend)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 10-15 tangkai cili kering (rebus & blend)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 helai daun limau (hiris halus)

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering (yang dah direbus) ke dalam blender. Tambah sedikit air. Kisar sampai hancur dan halus
  2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Agak-agak je kuantiti minyak. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit
  3. Tumiskan bahan yang dah dikisar tadi.
  4. Masukkan air asam jawa, sos cili, 1 mangkuk kecil air, garam dan gula
  5. Biarkan tumisan tu sekejap. Kemudian masukkan kentang dan biarkan tumisan seketika sampai macam nak kering sikit.
  6. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air jika perlu sekiranya tumisan hampir kering.
  7. Masukkan hirisan bawang besar ke dalam kuali
  8. Tunggu sehingga sambal pecah minyak dan ayam masak dengan sempurna.
  9. Angkat ayam sambal tu ke dalam mangkuk kemudian taburkan sedikit hirisan daun limau untuk bagi bau harum pada masakan.

Untuk masakan yang lengkap kena ada serai & tomato.

KREDIT RESIPI: Sedapfood.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI