Musim durian datang lagi, penggemar durian mesti suka bila tiba musim ni tak kira samaada beli atau punya dusun sendiri. Pelbagai kuih muih boleh diolah dengan durian ni.. Malah durian juga boleh dipelbagai guna, buat tempoyak boleh, jem boleh, lempok pun boleh. Pendek kata macam-macam boleh. Jom kita mendoyan!
RESIPI SERAWA PULUT DURIAN
BAHAN KUAH SERAWA:
1 biji durian, keluarkan isinya
1 liter santan
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu
BAHAN PULUT:
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMASAK:
UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 5 minit lagi hingga betul2 tanak.
UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 – 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai…
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 6 inci x 6 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dengan aluminium foil, lebihkan pada bahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan kita angkat keluar kuih bingka bila masak nanti. Sapu juga mentega pada permukaan aluminiun foil tadi. Masukkan tin ke dalam oven dan biarkan tin panas.
Dalam satu mangkuk besar, satukan semua bahan2 diatas kecuali isi durian, pewarna makanan kuning dan bijan. Kacau semua hingga rata dan sebati. Tapiskan bancuhan ke dalam mangkuk bersih. Masukkan isi durian dan pewarna makanan kuning. Kacau hingga rata.
Berhati2 keluarkan tin dari oven, kemudian tuang bancuhan tadi. Tabur bijan rata2 atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar fungsi api oven pada grill dan sambung membakar selama 5 – 7 minit. Uji kuih dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kuih telah masak.
Keluarkan kuih dari oven. Biarkan 15 minit, dan boleh keluarkan kuih bingka durian dari tinnya. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Gula pasir secukup rasa (jika perlu)
CARA MEMASAK:
Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar.
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.
Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair
menghasilkan dadar yang tipis.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana. Ambil satu
senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan
hingga mendapat dadar yang tipis. Masak hingga atasnya
mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4. Pipekan sedikit whip cream yang telah diputar kental di tengah
dadar, letak isi durian kemudian tutup dengan whip cream.
5. Lipat dadar menjadi empat segi.
1/8 tsp pewarna hijau (tak isi pun tak pe, suka hati)
**tepung gandum ayak untuk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan (A) dan tapis
Campurkan bahan2 (A) dengan bahan2 (B)
Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning
Kacau rata
Masak dalam periuk dengan api perlahan hingga naik wap
Hendaklah selalu dikacau. Bila dah nampak wap terus tutup api dapur. Adunan ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (untuk mendapatkan permukaan yang licin)
Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ini, tabur tepung gandum dalam bekas ayak dan tabur sedikit tapi rata sebagai gam
Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan
Kukus serimuka ini selama 30-40 minit atau sehingga masak
Tunggu sejuk betul baru potong untuk mendapatkan potongan kuih yang cantik
Untuk mendapatkan permukaan serimuka yang licin, seeleoknya bungkus penutup periuk kukusan dengan menggunakan kain
Sekian dan selamat mencuba
Kongsi resipi: hanizahomerecipes
Resepi Asal Chef Asma Nordin diolah sikit oleh Tahrunnisah Jali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ayam panggang biasanya ramai yang suka beli kerana disangka susah nak buat, isi dalam kurang masak tapi luar dah garing dan banyak lagi. Jangan susah hati, ni ada resipi yang kalau anda cuba, pasti jadi. Menurut Puan Salimah Olie, resipi ni memang sedap! Jadi anda bolehlah cuba ya!
AYAM PANGGANG ALA KENNY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – bersihkan
Ubi kentang – dibelah empat
Mix herbs secukupnya
Sedikit minyak zaitun
BAHAN PERAPAN AYAM:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam. Lagi lama lagi enak.
4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam hingga rata.
5. Susun hirisan ubi kentang diatas tray yang telah dialas dengan aluminium foil.
6. Tuang sedikit minyak zaitun, tabur mixed herbs dan letak ayam diatas ubi kentang.
7. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. ( RASA: Boleh guna suhu 220C. Masa dan suhu mungkin berbeza ikut saiz ayam dan ketuhar.)
8. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dari ayam. Ini bertujuan untuk elak ayam dari terlalu kering.
Kredit resipi & foto: Salimah Olie Resipi asal: blog Azlita Masam Manis
Wadai Kararaban korang pernah nampak dan dengar tak nama kuih ni. Kuih tradisi dari suku kaum Banjar. Kaya berempah dan lemak santan cukup merangsang selera.
Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam laman FBnya. Anak-anak muda rasanya ramai yang tak kenal kuih ni, hehehe. Mehlah belajar buat kuih ni adik-adik dan juga mak-mak juga, khazanah negara ini. Rugi kalau tak dipopularkan.
.
Kuih dari tepung beras ini unik dengan penggunaan rempah ratus kulit kayu manis dan jintan manis.
WADAI KARARABAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 cawan santan pekat
Bahan B :
100g gula melaka dicairkan
secubit garam
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Bahan C :
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Sangaikan jintan manis dan kisar halus , tapis dan ketepikan . 2. Satukan pula serbuk kayu manis , santan dan juga jintan manis tadi di dalam periuk . masak seketika menggunakan api kecil . 3. Tutupkan api dan ketepikan . 4. Satukan pula ke semua Bahan B kecuali daun pandan , kacau sebati . 5. Masukkan separuh adunan Bahan B ke dalam Bahan C . aduk rata . 6. Tambahkan daun pandan ke dalam baki Bahan B tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih . 7. Pastikan adunan sentiasa dikacau . 8. Kemudian satukan Bahan B bersama Bahan A dan Bahan C . kacau sebati . 9. Panaskan kukusan . 10.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak ( sy guna acuan muffin ) . 11.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak . 12.Sejukkan sebelum dipotong .
Bubur nasi ni bukan sahaja boleh dihidangkan masa tak sihat je. Waktu sihat ni pun sesuai juga untuk anda nikmati. Lagipun lagi murah. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hidangan enak tersedia. Terasa nak makan bubur? Nah, min belanja 5 resipi mudah. Selamat mencuba!
1. BUBUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
250ml santan pekat
200gm daging ] dihiris nipis
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1 tangkai serai ] dititik
1.25cm halia
1.25cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati daging
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
2 liter air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras bersama hirisan daging hingga beras kembang dan daging empuk. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan kisar. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis pula rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan serai hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati daging, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan daging tadi.
Kacau dan masak sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. BUBUR LAMBUK KACANG KUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
125gm kacang kuda yang direndam selama 8 jam
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1 tangkai serai ]dititik
1.25cm halia
1.25cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50gm ikan bilis
1 kiub pati ikan bilis
250gm santan pekat
2 liter air
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras dan kacang kuda hingga kedua bahan ini empuk. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan. Ketepikan.
Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.
3. BUBUR AYAM
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
1 ½ liter air
1 keping dada ayam
1labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1.25cm halia ] dihiris halus
1 kiub stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang.
Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur yang ingin dihidangkan.
4. BUBUR NASI MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
2 liter air
200gm lala ] bersihkan
200gm kupang ] bersihkan
200gm sotong ] bersihkan dan potong kecil
200gm udang ] bersihkan
100gm sayur campur ] dihiris
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1.25cm halia ] dihiris
1 tangkai daun bawang ] dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, masukkan air dan beras, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan bahan yang ditumis, serbuk lada hitam, stok ikan bilis, garam ke dalam periuk bubur tadi. Gaul sekata.
Masak selama lima minit atau sehingga bubur agak memekat. Akhir sekali masukkan lala, kupang, sotong dan udang , kacau sebentar dan segera tutupkan api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.
5. BUBUR SAYURAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm beras
1 1/2 liter air
200ml susu segar
100gm isi ayam ] hiris kecil
200gm daun bayam ] hiris halus
200 gm brokoli ] potong kecil
200gm sawi cina/jepun ] potong kecil
100gm sayur campur ] potong kecil
2 keping keju cheddar
1 labu bawang besar ] dihiris
2 ulas bawang putih ] dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang ]dihiris
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi.
Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.
Tips: Untuk yang vegetarian, bolehlah diabaikan isi ayam.