Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. 5 menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.

 1. KETAM CILI THAI

5 Jenis Hidangan Di Hujung Minggu Special Untuk Keluarga, Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam | bersihkan dan tos
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 5 helai daun limau purut | hiris halus
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 1 sudu makan pes cili
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ketam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

5 Jenis Hidangan Di Hujung Minggu Special Untuk Keluarga, Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang!

BAHAN IKAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

 

IKLAN

Cara masakan terbaik untuk menikmati kemanisan isi ikan segar ialah dengan cara mengukusnya. Dipadankan dengan perisa yang tidak terlalu ‘over’ dan ada sedikit citarasa thai, sememangnya hidangan ini anda perlu nikmati. Memang sedap & lebih sihat.

 

3. SIAKAP STIM HALIA ISTIMEWA

5 Jenis Hidangan Di Hujung Minggu Special Untuk Keluarga, Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2.5cm halia
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3 batang serai | ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah | ditumbuk
  • ½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis diperah air
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit.
  2. Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
  3. Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.

 

INFO CHEF:  Sebaik-baiknya hidangan hendaklah terus dinikmati kerana enak dinikmati panas

 

4. SIAKAP  KUKUS LIMAU NIPIS

5 Jenis Hidangan Di Hujung Minggu Special Untuk Keluarga, Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 15 biji cili padi hijau | cincang halus
  • 2 biji limau nipis | perah
  • 2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  5. Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
  7. Ikan kukus sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk mengukus ikan ni, pastikan anda guna bekas tahan panas atau loyang. 

 

5. KENGSOM SIAKAP

5 Jenis Hidangan Di Hujung Minggu Special Untuk Keluarga, Air Tangan Isteri Pengikat Kasih Sayang!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 batang cili kering
  • 2cm kunyit hidup |separuh racik
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai |titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga kantan |racik
  • Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan siakap sehingga bersih.  Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
  4. Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan siakap.  Masak hingga ikan masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika kurang gemar sikapa, boleh diganti dengan ikan besar bersisik yang lain seperti kerisi, merah, grut, parang dan jenahak