Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut rasa kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
Masukkan Dalam Peti Sejuk
Ads
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
Ads
Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada masa kita tiada mood nak masak atau pun sibuk sampai tak sempat masak. Sudahnya beras yang ada di rumah penuh dengan kutu atau pun bubuk. Kadang-kadang beras baru yang masih dalam kampit pun dah dimasuki binatang kecil ini. Banyak pulak tu!
Kalau beras baru takkan nak buang kan, sayang… Jadi boleh guna cara ini untuk halau kutu beras ini. Tak perlu kutip satu-satu ya.
Keluarkan kutu beras yang hurung beras guna bawang putih
Melalui akaun Tik Tok @nz.pgs beliau menunjukkan cara paling mudah untuk mengeluarkan kutu beras yang penuh dalam bekas beras. Caranya mudah cuma guna bawang putih saja
1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.
2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.
3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian kemudian keluarkan. Contoh letakkan bawang putih pada waktu pagi dan keluarkan sebelah petang.
4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tertinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak,mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau jumlahnya berlebih atau terkurang. Jika lebih sedikit, tidak mengapa. Jika terlalu banyajk, membazir pula. Berikut adalah sukatan bahan untuk memasak nasi lemak yang boleh dinikmati tetamu anggaran 30-40 orang dan juga 55-60 orang.
Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu yang tidak elok. Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Berikut beberapa rahsia korang boleh cuba untuk kurangkan minyak dalam masakan.
Goreng Cara Tumis/Sautee:
Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.
Guna Kuali Non Stick:
Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?
Gunakan Oil Mister
Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.
Gunakan Air Fryer
Air fryer adalah alat menggoreng yang menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...