Menampilkan 450 jenama tempatan dan juga antarabangsa dengan 10,000 pelawat perdagangan dari 22 negara selama tiga hari, Pameran Food & Drinks Malaysia (FDM) oleh SIAL kini sedang berlangsung di Mitec (Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia), Kuala Lumpur sehingga esok.
Pameran Food & Drinks Malaysia (FDM) pertama yang pernah dibuat, iaitu pameran perdagangan utama untuk industri makanan dan minuman, telah dirasmikan dengan jayanya semalam dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, YB Tuan Chan Foong Hin.
Ads
Teroka Peluang Inovasi dan Trend Terkini
Pameran perdagangan sepanjang tiga hari itu bertujuan untuk menerokai peluang dalam sektor makanan dan minuman, makanan laut dan perikanan, teknologi makanan dengan ciri khas dalam protein alternatif serta rempah ratus dan perasa, dan juga makanan halal. FDM oleh SIAL juga menyediakan platform untuk para pelawat mengambil bahagian dalam inovasi dan trend makanan terkini, dan juga mendapatkan pandangan tentang rantaian nilai halal dan segmen yang berkaitan.
Elaine Chia, Ketua Pegawai Eksekutif Comexposium Asia Pasifik, memperkenalkan penampilan sulung SIAL Network di Malaysia dengan bangganya, yang turt memeriahkan sektor perdagangan makanan yang rancak di negara ini dan di peringkat serantau.
“Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh di Malaysia dan terkenal dengan budaya masakan yang kepelbagaian, edisi pertama Food & Drinks Malaysia (FDM) kami mengalu-alukan 450 jenama tempatan dan antarabangsa seta 10,000 pengunjung perdagangan dari 22 negara selama tiga hari, mempamerkan hail yang terbaik dalam industri serta memupuk hubungan perniagaan yang berharga,” katanva.
Salon International de l’alimentation Network, atau lebih dikenali dengan singkatan Perancisnya SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah Comexposium. Dengan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Perancis, Comexposium adalah salah satu penganjur acara terkemuka di seluruh dunia dan beroperasi di 30 buah negara, memiliki 67 jenama pameran, dan merupakan tuan rumah kepada lebin 3.5 juta pelawat dan 48,000 peserta pameran setiap tahun.
Ads
Pameran Perdagangan Peringkat Global
SIAL Network ialah pameran perdagangan yang diktiraf di peringkat global yang mengkhusus dalam trend dan inovasi tentang makanan. Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1964, SIAL Network telah mengukir namanya sendiri sebagai ‘Pasaran Makanan Global* — berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan dan memudahkan perniagaan dalam komuniti makanan antarabangsa.
Nicolas Trentesaux, Ketua Pegawai Eksekutif SIAL Network, menekankan bahawa peranan SIAL sebagai rangkaian antarabangsa dan hab perniagaan untuk pemain perdagangan F&B, menawarkan pandangan industri yang berharga, dan memupuk hubungan yang signifikan dan bermakna dalam komunitinya.
Ads
“Melalui rangkaian pameran perdagangan kami, kami amat memahami dinamik pasaran makanan global dan risikan pasaran. Kami sangat mahir dalam mengesan trend dan membincangkan topik yang membentuk industri makanan. Untuk Food & Drinks Malaysia, kami telah bekerjasama dengan Kantar Malaysia untuk meneliti lebih lanjut trend trend industri makanan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui data Food 360 2022.”
Kejayaan pelancaran Pameran FDM ole SIAL 2023 memberikan persediaan untuk perancangan pameran edisi kedua pada tahun 2024. Inovator, pengilang, peniaga dan pemain industri F&B vang berminat untuk menyertai dalam pameran in atau peluang untuk kolaborasi bole menghubungi Comexposium di marketing@fooddrinksmalaysia.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Program bual bicara terbaharu, Borak SeeNI kini bersiaran secara langsung di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi yang akan membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, selaku rakan penghasil kandungan bersama Astro Prima, program Borak SeeNI diolah daripada aplikasi SeeNI yang memuatkan 17 kandungan digital bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“Saya amat teruja dengan program bual bicara secara langsung antara Astro Prima dan Nu Ideaktiv ini.
“Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak ini akan berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, diharapkan agar usaha ini mampu memantapkan landskap digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosi serta memperkukuh jenama masing-masing,” katanya.
Gandingan Tujuh Hos Versatil
Antara hos program yang menghiasi kaca televisyen anda ialah Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Hunny Madu, Nana Mahazan, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Borak SeeNI turut mengetengahkan perkongsian pakar serta individu penyumbang inspirasi dalam bidang masing-masing.
Dengan penggunaan teknologi ‘Extended Reality’ (XR) dan ‘Augmented Reality’ (AR) yang moden, Borak SeeNI mampu menampilkan visual terkini bagi mengetengahkan produk serta perkhidmatan secara dinamik demi menyokong PKS.
Tayangan ulang Borak SeeNI boleh ditonton pada hari yang sama, jam 5 petang di saluran Astro Prima, On Demand Astro Ultra atau Ulti Box, aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Ditanya mengenai kriteria pemilihan hos, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv dan PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman memaklumkan bahawa barisan hos ini mempunyai personaliti unik meskipun hadir daripada latar belakang berbeza.
Tambah beliau, kepelbagaian personaliti mampu memberi keharmonian sepanjang bekerja agar dapat mencapai objektif program iaitu menyasarkan semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.
Meriah dan menyeronokkan! Itulah yang boleh digambarkan tatkala melangkah kaki ke Food & Hotel Malaysia (FHM) 2019 dibuka secara rasminya pada hari ini.
Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre itu telah dirasmikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UBM MES dan Encik Kamaruddin Baharin, Presiden Persatuan Hotel Malaysia.
FHM 2019 adalah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan, minuman, hotel, roti, restoran, katering dan peralatan. Disini anda boleh melihat produk-produk yang dipasarkan untuk kegunaan industri dan perniagaan. Bukan hanya produk dari Malaysia malah anda boleh melihat produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh para pempamer dari luar negara.
Kira-kira 1,500 jenama dan syarikat dari 50 buah negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Turki, Belgium, Taiwan, Korea Selatan,Tunisia, China dan banyak lagi yang mengambil bahagian dalam pameran ini.
Selain dihias indah, di setiap booth di ruang pameran juga ada melakukan aktiviti mereka yang tersendiri. Malah barisan chef-chef hebat dari dalam dan luar negara juga melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan anda juga boleh mencuba makanan secara percuma!
Anda boleh mencuba pelbagai sample makanan enak seperti sushi, makanan laut, aneka makanan proses, cendol, kopi, manisan, snek dan bermacam-macam lagi. Oh tidak lupa, di booth makanan Jepun juga ada diadakan demo memotong ikan tuna. Memang menarik.
Pameran yang berlangsung selama empat hari ini dijangka menarik 28,000 pengunjung dari kalangan pengusaha hotel, peruncit, pelabur, perunding dan pembeli. Orang ramai juga dijemput menghadiri FHM 2019 ini kerana terdapat pelbagai acara menarik yang telah disusun sepanjang pameran ini. Terdapat sembilan dewan yang anda boleh lawati dan bagi pengunjung muslim, ruang solat juga disediakan bagi kemudahan anda.
Jadi datanglah beramai-ramai ke FHM 2019 di Kuala Lupur Convention Centre sehingga 27 September ini.
Ibu chef selebriti popular Datuk Chef Wan meninggal dunia pagi ini.
Berita kematian ini diumumkan Chef Wan sendiri menerusi laman sosial Instagram beliau. Ibunya yang mesra disapa Cik Ani, meninggal dunia di Hospital Gleneagle pada jam 6.20 pagi.
“With great sadness my dearest mom had passed away at 6.20am peacefully in her sleep at the Gleneagle hospital pagi ini. May her soul rest in peace, di ampun segala dosa2 beliau serta di tempat kan bersama sama orang2 yg beriman nanti. Her body will be prepared for burial at Masjid Putra Putrajaya and lay to rest at tanah perkuburan Cyber 10. Alfatihah. Thank you so much for all your kind wishes and doa for my mother. Alhamdulilah.”
Pemergian Allahyarhamah juga mendapat perhatian selebriti yang lain antaranya Alif Satar, Hisyam Hamid, Marion Counter, Noor Nabila, Fedtri Yahya dan ramai lagi.
Umum sudah maklum, selebriti chef tersohor dato chef wan sangat menjaga kebajikan ibunya. Lihat sahaja posting-posting beliau mengenai ibunya, sangat membahagiakan.
Malah baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran Cik Ani yang ke 90 tahun, ia telah disambut dengan begitu meriah dan dihadiri oleh para tetamu tersohor dan kenamaan.
Moga Allah merahmati Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh & beriman. Al-Fatihah.
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.Cara...